@egg.networkmy: Smilegate kini membuka Program Partner Creator untuk Miresi: Invisible Future, memberi peluang kepada pencipta kandungan menyertai komuniti rasmi permainan ini lebih awal. Program ini terbuka kepada pencipta yang mempunyai sekurang-kurangnya 100 pelanggan atau pengikut di platform mereka. Ahli yang diterima bakal menikmati pelbagai manfaat seperti akses ke pelayan Discord eksklusif untuk berhubung terus dengan pasukan pembangunan serta jemputan ke acara dalam talian dan luar talian terpilih. Jika anda bercadang menghasilkan kandungan berkaitan Miresi: Invisible Future, ini merupakan peluang terbaik untuk menjadi antara pencipta kandungan terawal yang mengikuti perkembangan RPG baharu daripada studio Control9. Source: PocketGamer.Biz #eGGNetwork #everygoodgame #Game #GameNews #Miresi #SmileGate #NIKKE