@egg.networkmy: Cyberpunk: Edgerunners 2 akhirnya memperlihatkan teaser trailer terbaharu, memberikan gambaran pertama tentang babak seterusnya dalam dunia cyberpunk yang penuh kegilaan, kekacauan dan tragedi. musim kedua ini akan tampil sebagai cerita baharu sepenuhnya (standalone) dengan barisan watak baru yang mengambil alih pentas utama di Night City. CD Projekt Red dan Studio TRIGGER sekali lagi bergabung untuk membawa kisah yang lebih segar, tetapi masih kekal dalam dunia yang sama kejam dan tidak berperikemanusiaan. Walaupun butiran plot masih dirahsiakan, peminat sudah mula membuat pelbagai teori tentang siapa watak utama kali ini dan bagaimana Night City akan “menghukum” mereka. Musim kedua ini turut dijangka memperkenalkan gaya penceritaan yang lebih segar dengan tema balas dendam, penebusan dan survival, menjadikan ia bukan sekadar sambungan, tetapi evolusi kepada dunia Edgerunners itu sendiri. Source: Crunchyroll #eGGNetwork #everygoodgame #anime #animenews #cyberpunk #cyberpunkedgerunners #season2 #netflix