@mohd_zahrin: HAMPALA BARBON KALIMANTAN Hi semua, masih meratah lauk semalam ke? Tak mual ke makan benda yang dipanaskan berkali-kali? Hari ni Uncle dah tukar menu baru iaitu ikan Hampala Barbon yang mendiami sebatang sungai hutan tebal di Indonesia. Mohon maaf la ye, Uncle memang takde pengalaman langsung dalam menjerat Sebarau ni. Setup yang Uncle gunakan agak kasar. Setting Otot biseps dan pengalaman memancing toman menjadi senjata menumpaskan raksasa ini. Hilang reputasinya sebagai serigala air tawar dikerjakan Uncle bawah 1 minit. Terus bertukar nama menjadi Hush Puppy fresh water. Namun kagum juga Uncle sebab dia masih boleh buat drag Reel Expert Graphite RDX yang dikunci ketat. Kalau tengok video Syanid Razak dan Caster Boy Nasrudin punya fight, jauh lagi best dari Uncle. Terima kasih diucapkan kepada Haiyen Sport Fishing diatas tajaan penuh untuk trip ini. Terima kasih juga atas perkhidmatan terbaik dari Ku-kar Mahseer. Abg Anas dan Redza memang jaga kami dengan baik. Boleh kata trip ni kami tak sempat langsung. Tak nak cerita panjang, sebab lepas ni nak cerita pasal ikan jelawat belang tarung pula. Korang layan la dulu video fighter berbelang dua bukan berbintik di ekor. Muah ha ha... Rod : Expert Graphite Arena GXR 10-20lb Reel : Expert Graphite RDX 200 Mainline : Expert Graphite Mugen 40lb Leader : Expert Graphite Invisible Shock Leader 40lb #mozafishingguide #expertgraphite #fishinglife #hampalabarb #kalimantan