@bersamaaidil: Saya minta maaf kalau tadi saya nampak sedikit terbawa emosi. Tapi itulah yang saya betul-betul rasa. Setiap kali turun padang, saya bukan sekadar nak bersalaman atau bergambar. Saya nak dengar sendiri apa yang anak muda sedang hadapi hari ini. Apa yang mereka risaukan, apa yang mereka harapkan, dan apa yang sebenarnya mereka perlukan. Antara perkara yang paling membimbangkan saya ialah semakin ramai anak muda yang terjebak dengan dadah sintetik (THC/Piupiu/Mushroom/Konyol). Ramai yang melihatnya sebagai isu biasa, tetapi hakikatnya ia sedang merosakkan masa depan, keluarga dan seluruh komuniti. Saya percaya, kita tak boleh hanya muncul bila ada masalah. Kita kena hadir lebih awal. Dengar, faham dan cari jalan supaya anak-anak muda ada ruang untuk berkembang, bersukan, bekerja, berniaga dan membina masa depan yang lebih baik. Sebab itu saya akan terus turun bertemu anak muda. Bukan untuk bercakap seorang diri, tetapi untuk mendengar. Saya percaya setiap pandangan, teguran dan cadangan daripada anda ada nilainya. Kalau ada perkara yang anda rasa perlu diubah atau dibantu, beritahu saya. Saya mungkin tidak mampu selesaikan semuanya serta-merta, tetapi suara anda tidak akan saya abaikan. Muhammad Aidil Riduan N50 Bukit Permai Calon No.1
Aidil Riduan
Region: MY
Tuesday 30 June 2026 16:57:04 GMT
Music
Download
Comments
Jai Huzaifah :
faham.. firstimer kan.. nampak agas lagi.. jangan nekan².. relax..
2026-06-30 20:44:44
2082
MHA :
Nurse! Dia dah bangun!
2026-07-01 01:17:52
411
AliRoshidi :
Dah jenuh dengar benda macam ni. Tapi hakikatnya habuk pun tarak.
2026-06-30 23:52:37
234
wan abd aziz :
taulah pernah jadi fasi minggu suai kenal mahasiswa. 😂😂
btw, hang ingat WWE ke ni?
2026-06-30 23:46:07
979
Brader Billy :
Mcm facilitator minggu suai kenal ja!!! 🤦
2026-06-30 22:44:49
472
Meera Feelza :
awak kerja apa sebelum ni ?
2026-07-01 00:40:22
222
H.R :
awak ni dah mcm nuar sy tengok. janji lebih.sampai masa spin.
2026-07-01 10:57:34
80
🔥 Ⓜ️Ⓡ 🅱️🅴🅰🆂🆃 𝟙𝟡 🔥 :
hilang deposit ni.. kompom😂
2026-07-01 04:22:16
124
Khairul :
ckp mcm ni kalah awal
2026-07-01 04:08:39
52
Samm Studio :
Saya suka yg bersemangat camni tapi abg kena tengok speech zohran mamdani. Dia contoh terbaik untuk kita buat speech depan anak muda.
2026-06-30 23:14:06
153
K izman :
macam jual product kat pasar pagi 😁
2026-07-01 02:31:21
51
izwanrazwil :
Baru mlm kelmarin aku dgr tone ni org jual cincin kt pasar malam
2026-07-01 06:32:13
40
Budiman Arjuna :
balik awal ni
2026-07-01 00:19:05
29
Nass :
Mende yg nekan Sgt bang,relax2 cukup ahh😅😅
2026-07-01 01:04:49
31
تاكي :
Kancil masak kari sedap tak?
2026-07-01 05:39:25
3
Alfatteh :
Hehehehe 🤣apa hal yang kelam kabut broooo
2026-07-01 03:06:36
50
ImranYusuf85 :
mmg hilang deposit lah 😂
2026-06-30 23:20:39
24
Farhannnnn :
2026-07-01 02:02:17
9
backtogod :
Takde yg tegur dulu ke..
2026-07-01 11:21:57
7
nicklas_15 :
Ini kalau pertandingan Menyanyi, dapat markah tinggi.. sebab pandai pakai stage, gerak sana sini.. tidak kaku.. tapi sayang ini bukan pertandingan menyanyi..🥺
2026-07-01 00:32:05
9
a.hunter :
dulu adam adli lebih kurang macam ni laa atas jalan. sekarang kat mana la dia
2026-07-01 00:06:26
56
deng_razali :
Kemon la RR xkn ini calon bersama?😂
2026-06-30 23:51:27
174
Type R :
jual brg apa bro..
2026-07-01 04:35:12
14
Nora Ahmad :
jual minyak ke apa ni? bingit....
2026-06-30 23:09:44
12
To see more videos from user @bersamaaidil, please go to the Tikwm
homepage.