@dailymakan: Pemilik kandungan dikenali sebagai Bos Baiduri berkongsi kisah menyentuh hati dua beradik yang mengusahakan sebuah gerai cendol di Temerloh, Pahang meskipun kedua-duanya kehilangan kaki kanan akibat kemalangan pada 2024. Menurut mereka, kejadian itu berlaku selepas dirempuh sebuah kereta sebelum sebuah lori gagal mengelak, menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah sehingga kaki terpaksa dipotong. Walaupun berdepan ujian besar, dua beradik itu tetap bangkit meneruskan kehidupan dengan membuka semula perniagaan cendol yang pernah diusahakan sebelum kemalangan. Mereka berkata, keputusan untuk berniaga dibuat bagi membantu meringankan beban keluarga, selain mahu membalas jasa bapa yang selama ini bekerja kampung demi menyara mereka. Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap semangat dan ketabahan mereka, malah ramai menyatakan hasrat untuk singgah memberikan sokongan di gerai berkenaan. Sumber: @bosbaiduri (TikTok)

Daily Makan
Daily Makan
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 01 July 2026 03:46:10 GMT
1241537
77177
2056
12539

Music

Download

Comments

tpgman1
H@mba allah :
baca ni ramai2... ya allah permudahkanlah urusan adik berdua ni limpahkanlah rezeki mereka seluas lautan.
2026-07-01 12:34:47
2718
kaziya998
Kaziya :
semoga ad jodoh utk mereka berdua
2026-07-01 09:49:36
2002
eifajalil
Eifajalil :
Sy selalu beli cendol dua beradik ni sedapp sgt . Nanti ramai2 support ye
2026-07-01 10:00:31
1474
annryhann
ann raihan :
ya Allah permudahkan urusan mereka... semoga Allah memberi rezeki kepadanya..aminn
2026-07-01 09:24:51
536
semutttttttttt
Cgu N :
Kuatnya awak dik…semoga terus kuat yer Acik doakan rezeki awak berdua berlimpah2 & dipermudahkan segala urusan 🤲🏻🫶🏻✨
2026-07-01 06:18:41
464
muslimnorrdin
manusiabiasa :
dari sini kita belajar bersyukur
2026-07-01 11:18:55
171
sham73034
Sham :
ya.. Allah murahkan rezeki mereka..
2026-07-01 09:41:11
128
mjai2jai
@my uk$96. :
buat org pahang. termerloh .dtg bantu dek2 ni.allah.lingdungi dek2 ni.laris prniaganan mereka.amin
2026-07-01 09:22:31
217
nzz_1991
Ira🍁 :
mereka wanita paling hebat!!!!
2026-07-01 07:38:41
804
rziq_79
@rzick :
Jom kita support akak ni...
2026-07-01 07:44:47
233
vasan9407
vasan :
jgn pandang kecacatan diri...pandang kegigihan,semangat apa pun blh buat
2026-07-01 14:53:58
82
niaharraz
Mummy Nia&Harraz :
ya Allah kau murahkan lah rezeki mereka🥺🥺
2026-07-01 16:47:03
20
rahayu.yusoof
Rahayu Yusoof :
allahuakbar..kuat semangat kau dik..semoga terus diberikan rezeki yg melimpah ruah
2026-07-01 04:30:50
88
panjang_ffc
PANJANG_FFC :
semoga Allah permudahkan urusan kakak berdua untuk mencari rezeki menjual cendol meleleh Aamiin🤲
2026-07-01 08:14:47
14
ironman1966marineboy
NoRoadNoJalan.. :
Allah tak akan Uji seseorang itu lebih dari kemampuan seseorang itu.
2026-07-01 07:41:19
114
faizah.jombri
Faizah Jombri :
Allahuakhbar, semoga Allah terus lancarkn rezeki penjual cendol meleleh ni..aamiin
2026-07-01 07:22:04
33
tokujang68
Tok Ujang :
allah..tidak mengharapkan simpati..ttp berusaha mencari tezeki halal ...
2026-07-01 10:33:22
49
suemuchsin
sue mchsn :
wanita hebat!❤️
2026-07-01 16:32:42
9
mr.fridaz
Jumat :
semoga yang baik² datang pada mereka
2026-07-01 16:51:57
18
zulkiflizahari1
zul kaki pancing :
Semoga allah mudahkan dunia akhirat kak
2026-07-01 16:32:22
10
azmi18136
azmi18136 :
Usaha lebih dari merungut dik... Terbaik kamu dik
2026-07-01 13:19:46
96
mohamadshahrimanm
Abg syiman :
semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan selalu 🤲
2026-07-01 12:01:42
5
isyaaahhcutee
𝓐 ♡ :
peniaga mcmni yg kita patut support.. semoga dipermudahkan urusan dan bisnes bertambah maju.. amin3
2026-07-01 11:59:04
8
abeayie03
🔥Abeayie03🔥 :
semoga dua beradik adik ni di murah kan rezeki nya berlipat Kali ganda kekurang tak mematahkan kan semagat dua beradik ni semoga allah sentiasa lindungi dua beradik ni amin amin
2026-07-02 00:55:43
6
abg_bol
Abg Bol :
Semoga dimurahkan rezeki berpanjangan adik adik semua
2026-07-01 12:21:40
7
To see more videos from user @dailymakan, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About