@rashahasmiee: Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) kini berwajah baharu dengan 94 ciri keselamatan tinggi berbanding hanya 49 ciri sebelum ini bagi mengelakkan kes pemalsuan & penyalahgunaan. Pasport versi baharu ini mula dikeluarkan secara berfasa di pejabat imigresen terpilih bermula 1 Julai 2026. Untuk makluman, bagi yang ingin memohon harga pasport adalah RM200 untuk tempoh 5 tahun & RM350 untuk tempoh 10 tahun (warga emas diskaun separuh harga & golongan OKU adalah percuma). Walau bagaimanapun, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menukar dokumen baharu ini kerana pasport lama masih sah digunakan seperti biasa sehinggalah tarikh tamat tempohnya. Secara keseluruhannya, pengenalan PMA struktur baharu ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan dokumen perjalanan negara kekal selamat, moden, dipercayai & setanding dengan amalan terbaik antarabangsa. #Pasport #Keselamatan #Antarabangsa #Malaysia

Rasha Hasmie
Rasha Hasmie
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 01 July 2026 08:39:46 GMT
539
24
2
1

Music

Download

Comments

aminfoo0
amin :
👍👍👍
2026-07-01 09:35:44
0
penangalert
PenangAlert :
🥰🥰🥰
2026-07-02 07:39:50
0
To see more videos from user @rashahasmiee, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About