@alif.azizi69: BERMULA 1 JULAI BANTUAN BUDI MADANI DIESEL RASMI UNTUK RAKYAT MALAYSIA Kira-kira 700,000 pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara bakal menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menerusi pelaksanaan Budi Madani Diesel (Budi Diesel). Usaha kerajaan melalui Program BUDI MADANI bukan sahaja untuk menguruskan ekonomi dengan baik. Malah, ianya juga sebagai langkah kerajaan menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan yang memerlukan. Selain itu, pemilik kenderaan diesel jenis pickup & jip yang layak boleh memohon tambahan 100 liter sebulan melalui portal rasmi BUDI MADANI. Semoga inisiatif ini dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup kita semua. Terima kasih PMX. #MadaniBekerja #BudiMadani #Subsidi #Diesel