@m1secrets: #fyp

mi’
mi’
Open In TikTok:
Region: BR
Wednesday 01 July 2026 21:15:17 GMT
1049
112
1
7

Music

Download

Comments

To see more videos from user @m1secrets, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Mengapa Inggeris mahu memusnahkan Kota A Famosa Pada tahun 1807, Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka telah mula dihancurkan atas arahan Kerajaan Inggeris. Kota ini yang dibina oleh Portugis selepas tahun 1511, merupakan kubu pertahanan yang terkuat ketika itu. Pemusnahan Kota A Famosa ini dilakukan sebagai langkah pertama Inggeris melemahkan Melaka, setelah menguasai Melaka dari Kerajaan Belanda pada 1795. Sehingga 31 Disember 1807, kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, 2 tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah di letup dan diratakan. Cadangan pemusnahan kota ini telah dibuat oleh Robert Farquhar, Leftenan Gabenor Pulau Pinang kepada Kerajaan Inggeris di India. Beliau telah menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan. Beliau telah memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu tentera ‘sepoy’ dan pengecilan ini akan membantu memajukan Pulau Pinang. Malah keadaan ini tidak akan menggalakkan kedatangan semula Belanda ke Melaka apabila tiba keamanan di Eropah. Jadi pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Kota A Famosa ini dimusnahkan dan semua penduduk Melaka dipindahkan ke Pulau Pinang. Semasa kerja-kerja pemusnahan sedang dilakukan, Sir Stamford Raffles telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Di sini, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya dan ia akan merugikan Pulau Pinang. Sebab yang kedua adalah kerana Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan untuk mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Manakala sebab ketiga pula penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di sini. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota A Famosa pada hari ini dalam tahun 1807, hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini.

Kartografi lama ceritakan suasana empayar kesultanan Melayu Melaka Sebuah naskah kartografi lama yang dihasilkan pada tahun 1550 telah mencatatkan beberapa fakta sejarah berkaitan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat fakta atau informasi yang tercatat di dalam peta lama yang berusia 472 tahun tersebut menceritakan tentang keadaan empayar Kesultanan Melayu Melaka sebelum penjajahan tentera Portugis yang berlaku pada tahun 1511, kira-kira 39 tahun sebelum peta ini disiapkan pada tahun 1550. Peta yang bertajuk Desceliers Map of the World ini telah dihasilkan oleh Pierre Desceliers yang merupakan seorang ahli kartografi Perancis dan juga ahli terkemuka kepada Sekolah Kartografi Dieppe. Selain itu, beliau juga dianggap sebagai bapa hidrografi Perancis. Pierre Desceliers sangat rapat dengan Jean Ango dan Dieppois, penjelajah Giovanni da Verrazzano. Walaupun nampaknya mungkin beliau tidak mengambil bahagian dalam mana-mana pelayaran, beliau dapat mengumpulkan maklumat termasuk portolan dan memasukkan maklumat ini ke dalam petanya sendiri. Berbalik kepada peta yang dihasilkan beliau, terdapat catatan maklumat atau informasi berkaitan empayar Melaka (Ditulis sebagai Melalque) di dalam peta lama tersebut.Catatan tersebut setelah diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris adalah memberi maksud sebagai: Malacca is a town whose king and inhabitants hold the faith of Mahomet, and are tributary to the king of China. They wear long hair, and are of the colour of ashes. There is a trade in aromatic spices. There are very pretty parrots, sandalwood, and tin. The beasts of this country are elephants, horses, sheep, cattle, leopards, buffaloes, and peacocks. (Berdasarkan dokumen Transcations and Proceedings of the Royal Geographical Society of Australasia, New South Wales Branch Vols. III and IV. (1st January, 1885 to 31st December. 1886.)). Terjemahan di dalam Bahasa Melayu: Melaka ialah sebuah bandar yang raja dan penduduknya memegang kepercayaan Mahomet (Nabi Muhammad S.A.W), dan merupakan tributari (naungan) kepada raja China. Mereka memakai / berambut panjang, dan berwarna abu (Warna kelabu atau kelabu coklat). Terdapat perdagangan dalam rempah aromatik. Terdapat burung kakak tua, cendana, dan timah yang sangat cantik. Binatang di negara ini ialah gajah, kuda, biri-biri, lembu, harimau bintang, kerbau, dan burung merak. Maklumat yang tercatat di dalam naskah kartografi ini membuktikan bahawa empayar Kesultanan Melayu Melaka sangat hebat dan penuh gemilang sehingga tercatat dan direkod di dalam kebanyakan kartografi lama sejak sekian lama dahulu.

About