@beritartm: SEOUL, 2 Julai – Rakaman insiden seorang penumpang membuka pintu keluar kecemasan pesawat Asiana Airlines ketika pesawat hampir mendarat kembali tular di media sosial. Kejadian yang berlaku pada 26 Mei 2023 itu membabitkan pesawat Airbus A321-200 yang berada kira-kira 700 kaki dari aras tanah sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan. Tindakan penumpang berusia 32 tahun itu menyebabkan angin kencang memasuki kabin sehingga 12 penumpang mengalami kesukaran bernafas. Penerbit/ Suara latar : Noorasikin Salleh Sumber visual : Orang awam 'Yang sahih di RTM' #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja