@beritaalhijrah114: Puluhan penganut Yahudi ultra-Ortodoks Haredi turun ke jalanan di kawasan kejiranan mereka di Beit Shemesh, terletak di antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv, lantas mencabut bendera Israel. Tindakan itu dipercayai didorong oleh beberapa faktor, antaranya penolakan mereka terhadap ideologi Zionisme, keengganan mengiktiraf Hari Kemerdekaan Israel sebagai perayaan keagamaan serta pandangan bahawa bendera Israel melambangkan fahaman sekular yang bercanggah dengan pegangan dan ideologi mereka