It’s Me 🍉 :
Ouhh baru faham tntg kerja Cosec ni.. Cosec ni dia org yg bertanggungjawab jadi Setiausaha kepada Syarikat itu. Bukan jd Setiausaha kpd Boss, tp jd Setiausaha kpd Sesebuah Syarikat utk menguruskan segala dokumen2 penting berkaitan undang2 dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Contohnya, ada syarikat nak tukar nama syarikat kpd Dolah Sdn Bhd kepada Dolah Hensem Sdn Bhd, dia yg kena bertanggungjawab mendaftar nama syarikat, dia yg kena memastikan smua dokumen2 tu lengkap, kemas, cukup lengkap cukup syarat, sebelum dihantar ke Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), ada lg, mereka juga bertanggungjawab utk membuat minit mesyuarat syarikat atau resolusi syarikat utk segala meeting mesyuarat syarikat. Lg ada lg, btanggungjwb menyediakan dokumen2 penting berdasarkan kpd undang2 kerajaan Malaysia & SSM. Dan mereka juga perlu memastikan syarikat yg dia “setiausaha” kan itu, mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh SSM.. Kalau SSM mintak hntr dokumen sebelum 15 July 2027, then dia org yg kena pastikan Syarikat itu mengikut dateline yg dah diberikan. Dia org yg btanggungjwab. Salah sikit je, Cosec ni yg akan diperbertanggungjawabkan, sbb Cosec ni yg bertanggungjawab utk menyemak, memastikan smuanya lengkap, patuhi syarat2, sebelum meluluskan dokumen2 ini untuk dihntar ke SSM.. Itu lah tanggungjawab Cosec ni sebenarnya.. Mnjdi Setiausaha kpd sesebuah Syarikat, jd dia kena alert stiap satu tntg pematuhan2 dan details2 yg ada dlm Syarikat itu khususnya kpd Hal Ehwal Undang2 Syarikat kpd pihak SSM, dan tidak termasuk kpd urusan Tax LHDN dan Audit Kewangan. Dua benda ni bukan tugas mereka. Tugas mereka just kena memastikan Syarikat2 ni mematuhi undang2 yg telah ditetapkan oleh SSM.. So sbb tu kerja dorg byk depan komputer, jarang ke lapangan/sites, jarang kerja luar, jarang buat kerja berat2, sbb dorg kena mengadap dokumen yg byk, filing, kerja2 urusan dokumentasi, komputer, komputer & komputer. Sbb nya dokumen yg dorg nak kena uruskan tu terlalu byk.. Nak2 bila hujung tahun….. (Rasanya yg ni smua skop akan sibok, dari audit, tax dan sbgnya) So begitu lah kalau nak jd Cosec ni.. 🙌
2026-07-05 15:29:36