@rashahasmiee: Rakyat Malaysia kini menikmati harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter melalui program BUDI MADANI, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM3.97 seliter. Melalui kaedah pengesahan MyKad di stesen minyak, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.87 seliter bagi memastikan bantuan sampai terus kepada golongan yang benar-benar layak. Langkah penyasaran subsidi ini bukan sahaja mengekalkan harga diesel Malaysia antara yang termurah di dunia, malah berkesan dalam membendung aktiviti ketirisan dan penyeludupan rentas sempadan. Sektor kritikal seperti logistik dan pengangkutan awam turut dilindungi bagi mengawal kos sara hidup rakyat secara keseluruhan. #BUDIMADANI #Diesel #MADANIBekerja