@beritartm: KUALA LUMPUR, 2 Julai – Seorang pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan, mengundang kecaman apabila sekali lagi menyiarkan siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 menerusi platform TikToknya. Siaran itu telah dihentikan TikTok selepas dilaporkan melanggar Garis Panduan Komuniti platform tersebut. Akses siaran langsung akaun pempengaruh itu digantung selama tujuh hari. RTM selaku penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia memiliki hak penyiaran eksklusif bagi kesemua 104 perlawanan kejohanan tersebut. Penerbit/ Suara latar : Noorasikin Salleh Sumber visual : Orang awam 'Yang sahih di RTM' #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja