@jeming_hassan: VLOG KEMPEN PRN JOHOR | DUN SEROM Semalam ambo mengikuti Chief Adly Zahari berkempen di DUN Serom bersama calon Pakatan Harapan, Ahmad Nazari @ Atan. Sepanjang turun padang, satu perkara yang ambo dapat rasai ialah rakyat di sini sangat mesra dan menerima baik kehadiran kami. Ramai yang menyapa Atan kerana beliau sememangnya dikenali di kawasan ini. Apa yang lebih menarik, ramai yang ambo temui menyuarakan harapan yang sama yakni mahukan politik perpaduan, bukan politik yang memecah-belahkan masyarakat. Mereka mahu Johor terus stabil, harmoni dan bergerak ke hadapan demi ekonomi, peluang pekerjaan serta masa depan anak-anak. Atan juga mempunyai kelebihan boleh berbahasa Tionghua, menjadikan beliau mudah mendekati masyarakat pelbagai kaum. Inilah semangat Johor yang sebenar, saling menghormati, hidup bersama dan membina negeri tanpa mengira latar belakang. Johor Ke Depan. Undi Harapan. Johor Untuk Semua. ❤️ #PRNJohor #JohorKeDepanUndiHarapan #DUNSerom #Atan #AhmadNazari
Jeming Hassan
Region: MY
Thursday 02 July 2026 12:14:15 GMT
Music
Download
Comments
@@@ :
mantap ming...
2026-07-04 21:30:24
0
Fizly Hafiz :
👍👍
2026-07-03 06:39:39
0
Matketereh123. :
😅😅😅
2026-07-03 01:23:50
0
nikyien :
🤣🤣🤣
2026-07-05 14:56:09
0
To see more videos from user @jeming_hassan, please go to the Tikwm
homepage.