@seen.real: BRUNEI-MUARA, Khamis, 2 Julai 2026 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin memaklumkan bahawa bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi hari ini berhubung kes yang tular di media sosial telah mengesahkan punca kematian adalah akibat gantung diri. Pemeriksaan yang dijalankan turut mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau perkara yang mencurigakan ditemui berhubung kes ini. Sementara itu, usaha mengenal pasti identiti si mati masih diteruskan. Cap jari si mati telah diambil dan dihantar ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PPDB serta Jabatan Imigresen & Pendaftaran Kebangsaan bagi membantu proses pengenalpastian. Sehubungan itu, PPDB menyeru orang ramai yang mengenali si mati atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan identitinya supaya tampil ke hadapan dan menghubungi balai polis yang berhampiran. Orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran atau kebimbangan dalam kalangan orang ramai, serta tidak menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya berhubung kes ini. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi PPDB, jika perlu. Untuk sebarang maklumat, sila layari www.polis.gov.bn Nota : Berita asal adalah dalam Bahasa Melayu #upappdb #ppdb_bn

Seen & Real
Seen & Real
Open In TikTok:
Region: BN
Friday 03 July 2026 01:35:58 GMT
32356
385
2
333

Music

Download

Comments

heri.purwanto173
Heri Purwanto :
bagaimana bisa mengenali wajahnya pun Inda nampak
2026-07-03 07:06:37
1
dy_naaa.0
Dynaaa🍒 :
Dekat pantai jerudong tu kan.. huhu
2026-07-03 05:42:34
0
To see more videos from user @seen.real, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About