@themalaysiapress: Bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Johor, Malik Faisal Ahmad berkata, majoriti penduduk DUN Senggarang bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan utama, justeru perhatian khusus perlu diberikan kepada pembangunan industri berkenaan. Beliau berkata, petani dan pekebun di kawasan itu berdepan pelbagai cabaran termasuk serangan haiwan perosak, masalah banjir serta insiden benteng pecah yang menjejaskan tanaman dan hasil pendapatan mereka. #PRNJohor #DUNSenggarang