@hilmibinkhairi: Selalu kan dengar orang motivasi cakap macam ni: "Kalau nak berjaya, kita kena berani keluar dari zon selesa." Maka oleh sebab itu, ada yang rasa takut. Takut untuk melangkah. Takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Lebih memilih untuk kekal di takuk lama. Tapi cuba fikir sekejap. Setiap pagi, sebaik sahaja kita buka mata dan pilih untuk bangun dari tidur, kita sebenarnya sedang meninggalkan zon selesa yang paling selesa sekali. Atas katil yang selesa. Sedap untuk baring lama-lama. Tapi kita pilih untuk bangun untuk tunaikan ibadah, kerja, laksana tanggungjawab, berdepan dengan masalah, dan seribu satu perkara yang kita tak tahu apa akan berlaku pada hari itu. Kalau itu bukan namanya keberanian, apa lagi? Mungkin selama ini kita bukan takut menghadapi cabaran. Kita cuma terlupa... bahawa setiap hari, kita sebenarnya sudah pun melakukannya. Tidur memang merehatkan. Tapi tak ada impian yang tercapai di atas bantal. Bangun dari tidur pula memang mencabar. Tapi dari situlah datangnya ruang dan peluang. Selamat malam. Malam ni tidur lena-lena. Esok sebelum subuh kita bangun untuk berdepan dengan cabaran baru. 😊 #logikterbalik

Hilmi Khairi
Hilmi Khairi
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 03 July 2026 14:16:45 GMT
2496
62
0
17

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @hilmibinkhairi, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About