@vaksintauhid99: Seseorang yang tidak mampu mengawal emosinya sebenarnya bukan sedang menguasai keadaan, tetapi sedang dikuasai oleh hawa nafsunya. Orang yang diperhambakan oleh nafsu akan bertindak mengikut kemarahan, ego dan perasaan, bukan berpandukan ilmu dan petunjuk Allah. Benarlah kata Ja'far al-Sadiq: "Sesiapa yang menguasai hawa nafsunya, dialah orang yang merdeka walaupun dia seorang hamba. Dan sesiapa yang dikuasai hawa nafsunya, dialah hamba walaupun dia seorang raja." Dan Ibn al-Qayyim berkata: "Orang yang menjadi tawanan hawa nafsunya lebih hina daripada orang yang menjadi tawanan musuhnya." Merdeka yang sebenar bukanlah bebas melakukan apa sahaja yang kita mahu, tetapi bebas daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu sendiri. #lawannafsu #mujahadah #tauhid #hakikatkehidupan #tasawuf