@heboh.my: Tiada sebab Malaysia perlu 'bela' pelarian Kuala Lumpur: Wujud kekeliruan berhubung pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) perlu diberikan layanan sama dengan warga tempatan. Pemegang kad berkenaan juga 'tidak kebal' daripada perundangan malah golongan ini tertakluk kepada perundangan di negara mereka tinggal Pakar Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan berkata, Malaysia bukan ahli Konvensyen Pelarian 1951, sekali gus tidak mengikat negara untuk menyediakan fasiliti untuk pelarian. "Tidak kira ada kad atau tidak, kita tidak wajib menyediakan perumahan, pekerjaan mahupun pendidikan kepada mereka. "Malaysia bukan ahli konvensyen ini, tiada keperluan untuk kita menyediakan fasiliti seperti yang termaktub dalam perjanjian berkenaan," katanya. Azmi berkata, ahli konvensyen seperti Australia pun dilihat tidak mahu begitu menerima pelarian dan masih mengekalkan dasar tegas mereka, apatah lagi Malaysia yang bukan ahli konvensyen. "Australia adalah ahli konvensyen ini, sebolehnya, mereka tidak mahu pencari suaka itu sampai ke bumi Australia kerana mereka perlu menyediakan segala kemudahan itu untuk pelarian jika mereka tinggal di negara itu. "Kerajaan Australia memilih untuk menyekat kapal pencari suaka di laut dan menempatkan mereka di pusat pemprosesan luar pesisir seperti Manus dan Nauru bagi memastikan golongan ini tidak berjaya mendarat di tanah besar Australia. "Ini membuktikan bahawa status sebagai ahli konvensyen tidak semestinya bermakna sebuah negara wajib memudahkan kemasukan pencari suaka ke wilayahnya," katanya. Untuk rekod, Konvensyen Pelarian 1951 dibentuk sejurus selepas Perang Dunia Kedua bagi memberi perlindungan kepada golongan yang terpaksa melarikan diri akibat ketakutan dianiaya disebabkan bangsa, agama serta kewarganegaraan. Konvensyen ini memberi pelarian akses kepada mahkamah negara, hak untuk bekerja dan mendapat pendidikan, serta beberapa hak sosial, ekonomi dan sivil lain setaraf dengan warganegara penerima, di samping melarang sebarang hukuman terhadap pelarian semata-mata kerana cara kemasukan mereka yang tidak sah. Bagaimanapun, Azmi mengakui Malaysia berdepan dilema tersendiri khususnya berhubung persepsi jika tindakan penguatkuasaan yang terlalu tegas dilaksanakan. "Kita mungkin akan dilabel tidak perikemanusiaan kerana mengenakan tindakan tegas sedangkan pada masa sama, kita sedang mempraktikkan perundangan tempatan. "Ini dilema yang sedang kita hadapi termasuk isu terbaharu ketika ini, jadi ia perlu diuruskan dengan betul tanpa menyinggung mana-mana pihak," katanya. sumber: https://www.hmetro.com.my/ #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #zxycba
Heboh.my
Region: MY
Saturday 04 July 2026 11:27:09 GMT
Music
Download
Comments
… :
Ya Allah selamatkanlah Malaysia 🇲🇾
2026-07-04 22:22:08
275
yakuza :
ya Allah selamatkanlah kami rakyat Malaysia 🇲🇾
2026-07-05 02:56:39
160
mustakim_mukhtar :
Ya Allah!! Selamatkanlah Negaraku Malaysia Tercinta ini 🇲🇾
2026-07-05 04:39:41
125
ROSSARAZAK :
2026-07-04 14:24:29
108
user_2173 :
PMX buat apa?
2026-07-06 06:25:19
24
Suzana Aris :
2026-07-04 14:55:11
59
Zainun :
ya Allah lindungi Malaysia
2026-07-05 02:12:26
78
khadijah :
ya Allah lindungi Negara Malaysia tercinta ini
2026-07-05 12:22:56
34
✨reenreen🦋🐑♎ :
2026-07-05 01:31:19
24
Tobiy :
2026-07-04 15:09:03
26
Idashah :
Ramai2 kita berdoa pada Allah swt agar anak cucu cicit dipelihara & jgn putus2 berdoa
2026-07-05 07:12:31
67
areeboy :
2026-07-04 14:41:28
21
🩸SchaWawa 🐎 :
2026-07-04 15:18:45
25
kak Aqiss penang😘 :
ya allah selamatkn malaysia
2026-07-05 12:23:36
21
IedaWahidah💜 :
2026-07-05 01:23:01
8
Alongomsyem :
2026-07-05 02:21:23
6
kassandra~dasuki :
2026-07-04 19:08:43
7
🇵🇸TÜTĒ×TÖT🇵🇸 :
2026-07-04 12:41:07
15
coolvibes :
@…:Ya Allah selamatkanlah Malaysia 🇲🇾
2026-07-05 08:18:56
11
Jo Bross :
2026-07-04 12:54:04
12
To see more videos from user @heboh.my, please go to the Tikwm
homepage.