@madikosh_607: #607

607
607
Open In TikTok:
Region: KZ
Saturday 04 July 2026 20:13:48 GMT
3593
190
0
10

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @madikosh_607, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

CAHAYA AKU AKU adalah diri yang sebenar-benar diri (Diri Sejati) manakala DIRI AKU itu adalah pancaran atau keadaan yang menunjukan akan AKU, Diri AKU yang terbit dari AKU itulah yang meliputi badan Diri dari dalam dan ia merupakan suatu cahaya yang memancarkan Rahsia rasa (Makrifat) pada badan Diri, dan apabila Aku telah berdiri maka nyatalah Aku pada keadaan AKU, Kini AKU berdiri pada keadaan AKU iaitu keadaan ketuhanan, akan tetapi pada masa yang sama AKU adalah kehambaan kerana menerima Amanah dan perintah dari Allah Yang Maha Agung, Aku dan diri Aku Umpama manis dan gula dan diri Aku inilah yang dapat dikatakan pada Martabat kehambaan AKU, melakukan sesuatu untuk sesuatu, kalau dari permulaan datang Aku dari Allah, Aku merupakan TITIK (Nokhtah) Kini Aku telah berdiri sendiri pada badan Aku, dan segala apa yang dapat menyatakan pada badan Diri ini adalah Diri Aku jua, adakah Diri itu terasing dari Aku dan badan Aku? jawapnya
CAHAYA AKU AKU adalah diri yang sebenar-benar diri (Diri Sejati) manakala DIRI AKU itu adalah pancaran atau keadaan yang menunjukan akan AKU, Diri AKU yang terbit dari AKU itulah yang meliputi badan Diri dari dalam dan ia merupakan suatu cahaya yang memancarkan Rahsia rasa (Makrifat) pada badan Diri, dan apabila Aku telah berdiri maka nyatalah Aku pada keadaan AKU, Kini AKU berdiri pada keadaan AKU iaitu keadaan ketuhanan, akan tetapi pada masa yang sama AKU adalah kehambaan kerana menerima Amanah dan perintah dari Allah Yang Maha Agung, Aku dan diri Aku Umpama manis dan gula dan diri Aku inilah yang dapat dikatakan pada Martabat kehambaan AKU, melakukan sesuatu untuk sesuatu, kalau dari permulaan datang Aku dari Allah, Aku merupakan TITIK (Nokhtah) Kini Aku telah berdiri sendiri pada badan Aku, dan segala apa yang dapat menyatakan pada badan Diri ini adalah Diri Aku jua, adakah Diri itu terasing dari Aku dan badan Aku? jawapnya "Tidak" ini kerana Diri itu adalah pancaran Aku atau Sifat Aku yang mana ia merujuk kepada keadaan Ujud Aku maka darikulah ia terbit.. Oleh itu pada fahaman Ilmu pengetahuan Aku ini ianya adalah ada Empat pecahan iaitu: 1) Zatullah –Tuhan yang menciptakan sesuatu dan sesuatu itu datang darinya. 2) Aku-Roh atau Amar Rabbi (Urusan Tuhan) yang dibangsakan dengan ketuhanan 3) Diri Aku-kenyataan yang menyatakan Aku 4) Badan-tempat yang menzahirkan akan keadaan Diri Aku. Firman Allah………KULLI ROHI AMRI ROBBI “Katakanlah Roh itu adalah urusan Tuhan” Aku kini menjadi Diri pada Badan menjalani kehidupan pada Alam Aku sendiri, akan tetapi Aku ini tiada apa-apa hanya Allah lah Yang Maha Kuasa dari setiap sesuatu itu,. Aku yang telah berdiri kini memikul Amanah dari Allah dan menjalani sesuatu dengan sesuatu. Pada Aku ada berbagai dan segalanya kerana Allah telah memberinya sejak dari Awal lagi pada Alam Taqdir. Maka Dirikulah yang memancar itulah Rahsianya. Bagi mereka yang ingin mendapatkan sesuatu itu perlu melalui sesuatu jua. Hayatullah dan Qudratullah itulah RahsiaKu. Ini membawa makna yang DiriKU itu adalah penyataan Rahsia keduanya itu. Maka Aku adalah sebagai Orang tengah diantara Dia dan dan Diri serta Badan. Aku yang berdiri bertugas menerima dan memberi yang Aku terima adalah Rahsia atau Anugerah dari Allah dan memberi kepada badan DiriKU Sendiri. Maka Aku menemui kejelasan ini iaitu ( Aku adalah penyata yang dinyatakan Allah dan DiriKU adalah kenyataan Bagiku) Aku yang berdiri kini Mengenal dan dapat merasai akan adanya Allah Yang Maha Kuasa dengan dalil AKU. Aku adalah Diri Sejati dan DiriKU itulah keadaanku Ibarat Api dan Cahaya. Diri adalah pancaranku dan ia sebenarnya terhasil dari Hakikat Ketuhananku maka itulah Aku menamakan Aku ini orang tengah. Ucapan Syahadah adalah suatu Rahsia Ilahi dan pada nya ada Rahsia Iaitu. 1) Pengakuan 2) Pangkat 3) Darjat 4) Martabat Maka ucapkanlah olehmu Wahai Insan akan Syahadah ini Semoga kau mendapat Empat perkara diatas Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah, inilah makna bagi Kalimah Syahadah itu.

About