@kitakan.kawan4: Kalau berani sedut duit Rakyat begitu besar, perlu berani mengaku. Adakah kehilangan tunai dan aset bersih TNB sebanyak RM10.6 bilion secara mengejut ini antara sebab bil elektrik rakyat sekarang semakin mencanak naik? Ini kali ke-4 saya bangkitkan isu ini. Kerajaan Madani perlu jawab secara terbuka. TNB bukan syarikat kecil tepi jalan. TNB ialah GLC strategik yang sahamnya turut dimiliki oleh simpanan rakyat melalui KWSP, PNB, KWAP dan Tabung Haji. Tetapi lihat sendiri berapa kali TNB dan anak-anak syarikatnya dikenakan tuntutan cukai tambahan oleh LHDN sejak beberapa tahun lalu. Bukan sekali. Bukan dua kali. Hampir setiap tahun ada cerita cukai tambahan. Anak syarikat pun kena. Southern Power pun kena. TNB sendiri pula berdepan tuntutan besar sehingga akhirnya pada tahun 2025, kira-kira RM10.6 bilion nilai aset bersih dan ekuiti TNB lenyap sekelip mata dalam penyata akaun. Daripada RM62.6 bilion turun kepada RM52.0 bilion. Ini bukan angka kecil. Ini RM10.6 bilion. Hari itu saya pernah beberapa kali bangkitkan isu kos penyelenggaraan kamera AWAS yang melampau tinggi. Ramai cuba spin, tetapi akhirnya Ah Loke sendiri terpaksa mengaku data saya betul. Sekarang saya tanya sekali lagi. Kerajaan Madani berani atau tidak mengaku secara terbuka bahawa TNB telah dikenakan tuntutan cukai tambahan besar-besaran sehingga memberi kesan RM10.6 bilion kepada penyata akaun syarikat pada tahun 2025? Kalau berani “serbu” GLC yang majoritinya dimiliki simpanan rakyat, beranilah juga mengaku kepada rakyat. Dan paling penting, kerajaan wajib jelaskan: Adakah kehilangan tunai dan aset bersih sebanyak RM10.6 bilion ini antara sebab bil elektrik rakyat sekarang semakin mencanak naik? Jangan senyap. Ini duit rakyat. Ini aset rakyat. Ini bil elektrik rakyat semakin meningkat yang kita kena bayar setiap bulan. - Lim Sian See. #bil #elektrik #searchinsightcreators #fyp #malaysia

Kawan Apa macam ni?
Kawan Apa macam ni?
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 04 July 2026 23:36:02 GMT
105645
4303
535
2086

Music

Download

Comments

user6501494402221
ABA :
rakyat jd mangsa kenaikan tariff tnb
2026-07-05 06:10:05
307
erwin6624
Erwin :
rkyt juga kena tau yg bonus org tnb adalh sethun gaji.,byk nya untung
2026-07-05 05:04:53
115
akak_9933
mak_pah @ :
dah 2 bulan bill naik double..sakit btl hati 🙄
2026-07-05 08:41:51
106
roslanyusof1978
roslanyusof1978 :
pakai ekon 4 biji nak bill letrik rm50 sebulan
2026-07-05 05:19:44
13
arelans4480
N.Azlan80 :
Naik hampir 100 lbh bulan ni...sdgkan penggunaan sama jer...jika ada kenaikan knp x dimklum secara terbuka...
2026-07-05 13:55:25
52
_nazriismail
_syahrulnazri :
bil elektrik rumah aku setakat ni alhamdulillah bawah rm40 sebulan, ada mesin basuh, peti sejuk macam biasa, kipas lampu on bila nak guna, guna cerek elektrik jer, takde pulak bil elektrik naik macam admin citer ni
2026-07-05 22:46:43
5
fizasawpi
Fiza Sawawi :
Bill letrik naik lagi. Pelik dah kurangkan penggunaan bill naik dari RM600 jadi RM800.00. Geram ada nak marah pun ada
2026-07-06 00:30:54
55
guding1111
guding1111 :
PMX Tetap terbaik dan Tarif Elektrik yg kerajaan Madani perkenalkan pada tahun 2025 adalah mesra rakyat. Rakyat yg menggunakan 600 kwh kebawah tidak terlibat langsung dengan kenaikan. Jangan bila masa pilihan raya sahaja cari isu kenaikan bill elektrik. Terbaik PMX
2026-07-05 05:16:01
14
ym_raja_muhammad_hilmi
YM Raja Muhammad Hilmi :
3tahun berturut2....bil letrik dalam anggaran rm150-rm170.....tp utk bulan 6 dan bulan 5...rm300.....penggunaan dan rutin yg sama.....
2026-07-06 05:20:40
40
muhammadzakaria2717
Muhammad Zakaria :
patut la bil tiba2 naik bln ni.. jem PMX..
2026-07-05 04:26:59
66
.maulana46
.Maulana46 :
INGAT ORANG N9, kita ada dua pilihan je BN & PN, pangkah BN dimana BN bertanding, pangkah PN dimana PN bertanding, hanya fokus 2 logo ni je, lain² parti abaikan.. ingat rakyat N9 matlamat kita jelas, pastikan PHDAP tumbang semua kerusi, mereka biadap, kurangajar, sorok titah adendum, lawan sultan, jual aset TH, pertikai hak melayu, jadi jangan bagi mereka menang, ingat fokus lambang bukan calon!!! sabah johor dah rasa betapa nikmatnya bila PHDap melingkup... ayuh rakyat N9 kita mampu lalukan dengan satu matlamat jelas tumbangkan PH!!!!
2026-07-22 03:55:19
19
thonycathy77
ThonyCat@77 :
Rumah saya punya bil blh kata dh naik sampai 40%....sedangkan penggunaan sama mcm biasa sj.... Dulu dlm rm350-400 skrg dh jadi hampir rm600 sebulan.... Pening lah dgn kerajaan skrv ni!!!!
2026-07-05 17:46:25
20
hatorikaizo
rimbakaizo :
ini puncanya bil tnb naik.
2026-07-05 04:34:04
73
sarmannawawi
Sarman Nawawi :
jadah terbaik..bil api aku naik biasa 400++ skrg 600++....guna sama jer...tv dah tak bukak....aircond control mlm mmg Off...dah beli inverter lagiii
2026-07-06 17:49:14
8
aryrossi46
aryrossi46 :
oh patut la bil lain mcm
2026-07-05 00:58:04
44
adie7320
Rumba Bara :
Dah terang lagi bersuluh
2026-07-05 04:42:01
24
noraishahzainal61
noraishahzainal61 :
Bil electric naik bulan Jun
2026-07-05 22:56:53
5
haq89__
Haq89@ :
Patut laa bnyk caj tambahan
2026-07-05 06:02:07
17
malaysia.negaraku2
KEDAH NEGERIKU :
Yang jadi mangsa adalah rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan bil elektrik.
2026-07-06 00:19:41
5
mzaidiabdullah
Mohd Zaidi :
ya tnb skrng ada caj peruncitan,rangkaian dll...akupun xfaham
2026-07-05 04:42:18
12
norberlyan
NorBerlyan :
stress laaa bil makin naikkkk
2026-07-05 10:05:23
8
missn8556
MissN :
wah dlm setahun bpe kali nk naik
2026-07-05 10:41:13
6
epik786
epik :
sebab Tu bill Naik mendadak
2026-07-05 05:01:18
8
user4395067138835
user4395067138835 :
terima kasih anak muda buat perubahan 2018
2026-07-05 10:44:04
5
To see more videos from user @kitakan.kawan4, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About