@alif.azizi69: PN VS PAS VS BERSATU TERUSKAN BERGELUT SEHINGGA PRN NEGERI SEMBILAN Drama politik PN takkan berhenti di Johor sahaja. Ia akan berlanjutan sehingga PRN Negeri Sembilan atau lebih teruk sehingga PRU16. Isunya tetap sama, PAS taknak bekerjasama dengan Bersatu dan Bersatu pulak takkan tinggalkan PN. Persoalannya sekarang adalah, siapa yang akan keluar dulu dari ‘rumah’ PN? Di Johor boleh nampak betapa serabutnya konflik kedua-dua parti ni. Dua parti dalam satu gabungan sama tapi takkan undi calon satu sama lain. Jadi teruskanlah bergelut dan mengelirukan ahli masing-masing. Takkan ada lagi persefahaman antara PAS dan Bersatu dalam PN yang hanya akan menghuru-harakan politik negara sahaja. #PAS #Bersatu #Konflik #politikMalaysia