@harakahdailyhd: Akaun Palsu Guna Taktik 'High-Flier' Cetus Kekeliruan Maklumat! Tindakan Pantas Dr. Shawn Loh Hubungi Media Berjaya Turunkan Berita Palsu, Kecam Sekeras-Kerasnya Taktik Kotor Pihak Lawan KUALA LUMPUR, 4 Julai – Merujuk kepada penyebaran grafik dan laporan berita palsu yang tular hari ini kononnya mendakwa "PAS mewajibkan ahli mengundi BN dan sesiapa yang ingkar tidak akan menghidu bau syurga", Ketua Publisiti Portfolio Perpaduan Negara Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Pegawai Khas Pejabat Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Kapar, Dr. Shawn Loh Sheng Nian telah mengambil tindakan serta-merts dengan menghubungi dan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan tertinggi media sejurus mengesan maklumat tidak sahih itu. Pihak media yang menerima maklum balas dan pengesahan segera tersebut telah menunjukkan profesionalisme serta tanggungjawab sosial yang tinggi dengan menurunkan laporan tidak sahih berkenaan daripada semua platform digital mereka dalam tempoh serta-merta. Dr. Shawn Loh menegaskan bahawa kenyataan ekstrem yang sengaja mencetuskan sentimen keagamaan tersebut adalah 100% palsu dan direka-reka oleh akaun tiruan. Beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan licik dan taktik kotor yang digunakan oleh pihak lawan dalam mengharungi tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. Taktik Licik Akaun Palsu Raih Keuntungan Politik Hasil semakan terperinci antara Dr. Shawn Loh bersama pihak pengurusan media mengesahkan bahawa kenyataan berbaur fitnah tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun Facebook palsu (Fake Account) menggunakan nama “Harakatdaily HD”. Akaun palsu tersebut secara berniat jahat telah meniru bulat-bulat identiti, nama, dan reka bentuk visual yang hampir serupa dengan portal berita rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu “Harakahdaily”. Malah, mereka bertindak menyunting dan meletakkan foto empat calon wanita MCA bagi mengelirukan pengamal media serta masyarakat awam, sekali gus mengganggu-gugat penyampaian maklumat politik yang sahih dan benar dalam tempoh kritikal PRN Johor ini. Dr. Shawn Loh menyelar tindakan memanipulasi ruang digital dengan mewujudkan akaun palsu demi memfitnah musuh politik sebagai satu perbuatan yang mencemari kesucian proses demokrasi: "Persaingan politik sepatutnya bersandarkan kepada perdebatan dasar, visi, dan rekod perkhidmatan, bukannya menggunakan taktik fitnah dan tohmahan yang amat rendah moralnya. Pihak lawan yang kian terdesak melihat senario politik semasa sanggup menggunakan kaedah kotor sebegini bagi mencetuskan kegelisahan sosial serta memburukkan calon-calon yang tidak bersalah. Tindakan ini amat keji dan tidak bertanggungjawab!" Hargai Tindakan Pantas Media, Seru Pengundi Kekal Rasional Dalam pada itu, Dr. Shawn Loh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang pengarang media terbabit yang bertindak profesional, berpijak di bumi nyata, dan memadamkan laporan tersebut dengan kadar segera sejurus menerima penjelasan beliau. Langkah tegas pihak media ini telah berjaya menyekat penularan berita palsu tersebut daripada terus merebak di ruang siber. Akhir kata, Dr. Shawn Loh menyeru seluruh para pengundi, netizen, dan para penyokong agar sentiasa berwaspada serta mengekalkan pemikiran yang rasional. Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan grafik provokatif di media sosial dan sentiasa memastikan sumber yang sahih menerusi laman Facebook rasmi “Harakahdaily” yang mempunyai logo "Hd" (merah-putih) yang sah. Pihak urusetia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang dikesan sengaja mencetuskan fitnah ini.
HarakahDaily
Region: MY
Sunday 05 July 2026 05:42:45 GMT
Music
Download
Comments
cucu adam :
Terbaik dr shawn 👍👍👍👍👍
2026-07-05 13:02:44
15
𝙈𝙤𝙢𝙢𝙮115 :
Semoga rakyat Malaysia sentiasa bijak dan btindak secara profesional yer👍
2026-07-07 02:50:31
5
NAZ ZAN :
Terbaik
2026-07-05 08:53:49
7
Nekma :
Terbaik
2026-07-05 12:02:52
0
ayda :
hsrakatdaily tu ..bukan hsrakahdaily kena tgk betul2
2026-07-05 12:19:13
7
🖤🌹 ف🌹🖤 :
hooookk...alohhh jht betuuu demo niii...Tq Dr kerana cpt bertindak
2026-07-05 11:29:19
8
Farisss._. :
DAPH dan FITNAH berpisah tiada…
2026-07-07 05:05:49
1
Kuchai_GORENG :
mohon saman.. nk troll pon agak² la
2026-07-05 13:27:18
3
Rashdan :
mantap....jgn percaya berita fitnah
2026-07-05 07:00:14
4
zincara69 :
🥰🥰🥰
2026-07-05 09:22:35
1
Audah1311 :
🥰🥰🥰
2026-07-05 06:48:23
1
To see more videos from user @harakahdailyhd, please go to the Tikwm
homepage.