@ohmedia: Seorang warga emas, Abdul Razak Pelangga, sanggup mengayuh beca hampir satu kilometer demi tunaikan hajat isterinya untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara lebih dekat. Walaupun boleh menaiki kereta atau motosikal, beliau tetap memilih beca kerana tidak mahu pening mencari tempat meletakkan kenderaan. Apa yang lebih bermakna, Abdul Razak akan mengundi pada 11 Julai ini, tarikh yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-87. #ohmedia #as