@alif.azizi69: LIMA SEBAB SUBSIDI BERSASAR PERLU DILAKSANAKAN Pelaksanaan penyasaran subsidi adalah inisiatif kerajaan dalam memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan menerima bantuan. Selain itu, ia juga satu usaha untuk mengelakkan berlakunya ketirisan terutamanya kepada golongan kaya & warga asing. Impaknya? Negara dapat menjimatkan lebih RM5 billion setahun di mana ia boleh dipulangkan semula kepada rakyat melalui bantuan kewangan mahu pun menaiktaraf infrastruktur. Secara keseluruhannya, kestabilan ekonomi & kebajikan rakyat kekal menjadi agenda utama Kerajaan Madani dalam membina masa depan Malaysia yang lebih baik. #MadaniBekerja #KerajaanMadani #Subsidi