@utusantvofficial: 6 JUL 26: Seorang pelajar perempuan dilaporkan cedera selepas ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting, pagi tadi. Terdahulu tular rakaman yang memaparkan pelajar-pelajar sekolah terbabit lari bertempiaran sebelum kelibat seorang individu memakai topi, berbaju hitam, dan memakai sarung tangan berlegar di dalam kawasan sekolah berkenaan sambil memegang sebilah pisau. Turut tular beberapa keping gambar yang memaparkan seorang pelajar perempuan dengan uniform sekolah yang berlumuran darah dipercayai gara-gara ditikam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa dalam keadaan stabil. Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan dan maklumat lanjut dalam masa terdekat. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #tular #ditikam #banting