@medialipatofficial: BANTING, 6 Julai – Seorang pelajar sekolah menengah cedera selepas dipercayai ditikam dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat, tengah hari ini. Kejadian dipercayai berlaku ketika waktu persekolahan sebelum rakaman insiden itu tular di media sosial. Video yang beredar memaparkan suasana cemas apabila sekumpulan pelajar dilihat bertempiaran lari, manakala seorang pelajar perempuan dipercayai memegang sebilah pisau. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan. "Ya, saya sahkan kejadian itu. Mangsa berada dalam keadaan stabil." Beliau berkata demikian ketika dihubungi media hari ini. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai. #sekolah #banting #selangor