@ohmedia: Tular perkongsian seorang individu yang kecewa melihat beberapa kerusi diletakkan di tempat tidak sepatutnya ketika hadir mengemas sekolah pada hujung minggu. Lebih membimbangkan, beberapa individu lain turut berkongsi gambar keadaan hampir sama di sekolah berbeza, termasuk kerusi yang digantung pada kipas, diletakkan di bahagian siling dan disusun seperti ‘tugu’ di dalam kelas. Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal melihat tindakan sebegitu serta berharap pelajar lebih menghargai kemudahan sekolah. #ohmedia #as