@alif.azizi69: RM2 JUTA PERKASA PERKHIDMATAN KESIHATAN PULAU TUBA Kerajaan Madani memperuntukkan hampir RM2 juta bagi menyediakan Ambulans Laut dan Unit Kelahiran Kecemasan (EBU) di Klinik Kesihatan Pulau Tuba bagi memastikan penduduk pulau mendapat akses rawatan yang lebih pantas, selamat dan berkualiti. Inisiatif ini membantu mempercepatkan pemindahan pesakit kecemasan, meningkatkan keselamatan ibu serta bayi ketika bersalin dan mengurangkan jurang akses kesihatan antara komuniti pulau dengan tanah besar. #PulauTuba #EBU #KKM