user6686843414032 :
AKU TAK PERNAH PUKUL, MAKI NAMUN CUMA ADA KATA2 YANG TERSANGAT MENYINGGUNG..itulah punca isteri aku meminta cerai (aku tahu urusan cerai cara ini susah dan perlu waktu lama apalagi jika suami tidak memberi kerjasama) - aku panggil dia dalam bilik dan lafazkan "AKU MINTA CERAI" disebut 3x depan aku (ini antara aku dan dia sahaja) tindakan aku seterusnya sebagai suami - pergi mahkamah syariah filekan cerai, ditentukan hari maka aku/isteri dipanggil di bilik hakim dan aku ceraikan dia dengan TALAK (SAH TALAK 1), *AKU PERMUDAHKAN URUSAN DIA) sebagai jasa dia selama 33 tahun, aku halalkan rumah, makan minum, sebuah kereta, duit haji + umrah, emas.. tamat edah 3x sucian, aku keluar rumah kini tinggal di negeri pantai timur (masa aku sepenuhnya untuk ikut kuliah Dhuha, Maghrib, jaga waktu solat berjamaah, rutin + istiqomah tahajud + berzikir seperti selawat (setiap lepas fardu 200x = 5waktu jadi 1000x (kini, aku berhasrat untuk tambah jumlah) PERBAIKI & MELURUSKAN DIRI KEPADA LEBIH BAIK. kenapa aku pilih dan displinkan diri kerana selawat kepada kekasih الله، الله pasti merahmati menjaga kehidupan aku (keistimewaan selawat) cara ini aku dapat hilangkan kenangan 33tahun secara perlahan-lahan dan belajar menerima TAKDIR dan TANAMKAN dalam diri, الله SEDANG MENGATUR KEHIDUPAN AKU KEPADA YANG LEBIH BAIK (MASA AKAN MEMPERLIHATKAN), aku tak pasti dia ada fair dengan orang lain walaupun ada desas desus namun aku TANAMKAN dalam diri SELALU BERPERSANGKA BAIK, KALAU BENAR MAKA ITU KEBAIKAN UNTUK AKU & KEHANCURAN UNTUK DIRI DIA... yang menarik AKU DOAKAN DIA BERTEMU SEGERA JODOH KERANA, DIA AKAN MEMULAKAN KEHIDUPAN DARI BAWAH DISITULAH TITIK TEMU NANTINYA DIA BOLEH BEZAKAN MASA 33TAHUN DENGAN MASA "BERMULA DARI BAWAH" BERSAMA PASANGAN HATINYA *UNTUNG SABUT TIMBUL DAN UNTUNG BATU TENGGELAM*
2026-07-07 23:31:15