@along.keramat: Hawa Nafsu Berhala Paling Berbahaya Tahukah kita... Berhala yang paling sukar dihancurkan bukanlah yang diperbuat daripada batu. Tetapi... berhala yang berada di dalam diri kita sendiri. Para ulama berkata: "Hawa nafsumu adalah induk segala berhala. Berhala jasmani adalah ular, namun berhala ruhani adalah naga." Berhala zahir mudah dikenali. Namun berhala dalam hati lebih berbahaya. Ia muncul dalam bentuk riak, ujub, takabbur, hasad dengki, cinta dunia dan menurut kehendak nafsu melebihi perintah Allah. Musuh yang paling hampir dengan kita bukanlah syaitan semata-mata... Tetapi hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada keburukan. Kerana itu, jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu. Semoga Allah mengurniakan kepada kita hati yang bersih, jiwa yang tenang, dan kekuatan untuk sentiasa mendahulukan redha-Nya daripada kehendak diri. "Ya Allah, sucikanlah hati kami daripada sifat munafik, amalan kami daripada riak, lidah kami daripada dusta, dan mata kami daripada pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan oleh hati. Amin." #tiktokdakwah #kesedaran #muhasabahdiri😔🥀 #peringatan #tazkirah @™ALONG.TOK.EMBAH® © @☝️TAUHIDfirst @ABANG MIE'ANN @MOHD

🅰️🫷⭕🎵☪️™️®️©️🪓
🅰️🫷⭕🎵☪️™️®️©️🪓
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 08 July 2026 13:00:40 GMT
131
14
0
5

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @along.keramat, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About