@bencanaalam.sabah: 🌧️💨 RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN (09–11 Julai 2026) ⏰ Dikeluarkan pada: 07 Julai 2026 (Selasa), 12:20 Tengah Malam Super Typhoon Bavi (Inday) kategori 5 kini berada di Lautan Pasifik dan bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 26 km/j menuju Taiwan. Apabila taufan ini menghampiri dan memasuki kawasan tanggungjawab Filipina (PAR) pada pagi Rabu, 08 Julai, pengaruh tidak langsung terhadap Pantai Barat Sabah dan W.P. Labuan dijangka mula dirasai sekitar 08 julai hingga 11 Julai 2026. Pengaruh Super Typhoon Bavi dijangka menguatkan aliran Monsun Barat Daya (enhanced monsoon flow) di Laut China Selatan bermula 08 Julai. Keadaan ini berpotensi meningkatkan kelajuan angin di Laut China Selatan serta pembentukan garis badai (squall line) berhampiran perairan Sabah dan Labuan. Sekiranya garis badai terbentuk, ia berpotensi membawa angin kencang, ribut petir serta hujan lebat ke kawasan pesisir sebelum bergerak ke daratan. 🌊 Pada 10 Julai, Laut China Selatan dijangka menjadi lebih berangin akibat pengukuhan aliran Monsun Barat Daya oleh taufan tersebut. Keadaan ini berpotensi menyebabkan laut bergelora, terutamanya di kawasan perairan terbuka. 💨 Berdasarkan unjuran semasa, tiupan angin sesaat (wind gust) berpotensi mencecah sekitar 60 km/j di bahagian utara Sabah, khususnya Kudat. Sementara itu, beberapa kawasan di Pantai Barat Sabah berpotensi mengalami tiupan angin sesaat sehingga sekitar 50 km/j, terutamanya ketika ribut petir atau garis badai berlaku. ⛅ Walau bagaimanapun, hujan tidak dijangka berlaku secara berterusan atau berpanjangan. Tempoh cuaca cerah atau mendung masih boleh berlaku sebelum ribut petir yang terbentuk di laut bergerak menghampiri kawasan daratan. 🌤️ Selepas 11 Julai, apabila sistem ini bergerak semakin jauh ke utara, pengaruhnya terhadap Sabah dijangka semakin berkurangan. Sekiranya aliran udara yang lebih kering mula mendominasi, cuaca di kebanyakan kawasan berpotensi menjadi lebih panas dan kering. – Bencana Alam Sabah #NasihatCuaca #Sabah #PantaiBaratSabah #Ekorangin #bavi
Bencana Alam Sabah
Region: MY
Tuesday 07 July 2026 01:37:00 GMT
Music
Download
Comments
MAS⁸⁹ :
Namanya pun ramalan.ramalan ni macam main judi.kadang menang kadang kalah.kadang jadi kadang tak jadi.simple
2026-07-07 05:25:45
73
Hashim75 :
jika ia datang ada kebaikan di dalamnya... kita mohon kebaikan nya... jika di dalam nya ada keburukan... kita mohon moga kita di jauhkan dari keburukan nya... semuanya berlaku atas kehendak Allah SWT....
2026-07-07 09:09:33
31
pineappleパイナップル :
I am in the route. we will have the typhoon this Friday.😂
2026-07-07 11:02:43
2
Ardanish :
semoga kita semua dlm lindungan Allah SWT
2026-07-07 12:30:09
26
rakko :
harap2 angin ini tak jadi melanda sabah
2026-07-07 10:14:43
5
Anie Arbie :
semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT..d jauh kan dari musibah..Aamiin🤲
2026-07-07 11:08:00
7
Zaharah 888♋ :
semoga kita semua di lindungi Allah SWT
2026-07-07 05:56:25
13
aineh :
kita hanya berdoa semoga ramalan ni di jauhi dan moga tidak berlaku
2026-07-07 05:47:33
11
jenggobj :
katanya el nino bulan 7 eh el nino la sangat
2026-07-07 04:27:47
5
Kakak Bulus :
1:41am (08/07/26)
2026-07-07 17:41:35
0
Korotong :
kiamat sudah dekat.
berdoa Dan terus berdoa kepada Tuhan
2026-07-07 12:12:43
0
•° Chengs 。• :
Mengarut 😂🤣
2026-07-07 06:27:32
1
Wong Kai Sing :
betul² bavi punya taufan
2026-07-07 14:10:24
0
Noll? :
semoga di malaysia
2026-07-07 13:06:50
0
. :
SEBUT PASAL RAMALAN ... ye betul cuma ramalan dan kita semua tau belum tentu ia akan terjadi , tapi ia TIDAK MUSTAHIL ... dan tidak 100% salah ... ia boleh terjadi ... pihak yang membuat ramalan ni pun mereka kaji mengikut pergerakan cuaca terkini dan tentu mereka bukan orang lepasan SPM asal asalan buat ramalan ... Dan ia ramalan ini hanya untuk peringatan supaya berhati-hati sahaja bukannya 100% ramalan tu betul
2026-07-07 11:05:28
7
, :
Bahaya angin ini berpusing2 tempiasnya boleh kena d Filipina harap2 semuanya terlindung dari bahaya
2026-07-07 11:24:13
6
CALIT BITES :
Ramalan biasanya dia menguntungkan pihak2 tertentu
2026-07-07 13:41:02
0
@qwerty :
alot more typhoon caused by super el-nino
2026-07-07 15:54:27
0
Susumangod Gutus Mikiawang :
Semoga Ramalan di jauhkan drpd terjadi bencana alam 🙏
2026-07-07 05:29:50
5
Delive Rick :
bukan kena tempat kita pun 😂
2026-07-07 08:40:28
0
41_mika's :
sebela pantai barat, ekor nya tu mcm limpas area sana, walau hanya ramalan tetaplah bersedia
2026-07-07 16:14:23
1
RIYAN 07 :
ini lagi ksih tkut orang sdh sunami lepas tu Taufan lgi🤣ada ada
2026-07-07 07:30:10
0
kingswera_93 :
2026-07-07 07:41:47
1
HALIFA LAOLE :
semoga kita dalam lindungannya ..
2026-07-07 11:58:12
1
Al-FaFa :
Jgn percaya ramalan tapi tidak salah utk siap sedia.
2026-07-07 13:25:08
3
To see more videos from user @bencanaalam.sabah, please go to the Tikwm
homepage.