@alif.azizi69: FAKTA VS FITNAH KEDUDUKAN PELAJAR TEMPATAN DI IPTA Dakwaan bahawa pelajar antarabangsa merampas peluang pelajar tempatan di UA dan IPTA adalah tidak benar kerana kemasukan prasiswazah asing menggunakan prinsip "over and above", iaitu selepas kuota tempatan dipenuhi. Mereka juga wajib melepasi syarat akademik yang ketat dan membayar yuran penuh tanpa subsidi kerajaan. Data membuktikan warga asing adalah minoriti; hanya 12.6% (159,138 orang) daripada keseluruhan 1.26 juta pelajar IPT, manakala di universiti awam, jumlah mereka sekadar 8.9% (56,565 orang) sahaja. Tambahan pula, majoriti pelajar asing berada di peringkat pascasiswazah, bukannya prasiswazah. Bagi peringkat prasiswazah, pelajar tempatan mendominasi sebanyak 96.56% (502,212 orang) berbanding warga asing yang hanya 3.44% (17,893 orang). Di Universiti Penyelidikan (RU) pula, 78% adalah pelajar tempatan, manakala hampir 69% daripada pelajar asing di sana berada di peringkat pascasiswazah untuk menyokong penyelidikan negara. Tarikan pelajar dari lebih 180 negara ini membuktikan kualiti global Malaysia tanpa mengetepikan hak pelajar tempatan. #IPTA #KPT #MADANIBekerja
Comeback_Is_Real
Region: MY
Tuesday 07 July 2026 01:46:50 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @alif.azizi69, please go to the Tikwm
homepage.