@ezanybudakbaik_: Menurut laporan, suspek kes tikam di Banting merupakan pemegang kad OKU bagi kategori autisme. Siasatan turut menemui sebuah diari yang dipercayai mengandungi perancangan yang telah dibuat lebih awal. Antaranya termasuk pakaian yang ingin dipakai, senjata yang mahu digunakan, serta senarai individu yang menjadi sasaran bersama sebab-sebab dia menyimpan rasa marah terhadap mereka. Apa yang ditulis menggambarkan bahawa perasaan kecewa dan dendam itu bukan perkara yang berlaku sehari dua. Difahamkan juga suspek seorang yang kurang bergaul, menyebabkan segala rasa yang dipendam itu terus bermain dalam fikiran dan akhirnya dicurahkan ke dalam diarinya. Pihak polis mengesahkan suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan. Ada satu pesan yang sering kita dengar daripada orang-orang lama. Jangan terlalu memandang rendah orang yang memilih untuk berdiam diri. Apabila dihina, dimaki atau diperlakukan tidak baik, mereka mungkin memilih untuk menjauhkan diri, bukan kerana lemah atau takut. Kadang-kadang mereka berundur kerana sedang berusaha mengawal kemarahan sendiri. Mereka lebih takut pada tindakan yang mungkin dilakukan ketika emosi menguasai diri daripada takut kepada orang yang mencabar mereka. #fyp
Saya sebagai Autisme juga bersimpati dengan dia jika dia ada masalah kesihatan. Saya tak tahu jika dia juga ada sindrom autisme. Dia ada potensi untuk menjadi seorang calon yang hebat namun malangnya kesakitan menghalanginya. Apapun saya berharap agar keadilan dapat ditegakkan.♥️♥️♥️
2026-07-07 13:47:42
48
@lilyyusofPalestine :
polis perlu siasat jugak nama yg ditulis sebagai pembuli,, tunjukkan kesan apa yg mereka telah buat
2026-07-08 00:30:46
10
️ :
hisap vape bhai
2026-07-08 08:51:06
0
To see more videos from user @ezanybudakbaik_, please go to the Tikwm
homepage.