@rashahasmiee: BMW 7 Series yang digunakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan kenderaan rasmi baharu dan bukan dibeli khas untuk beliau. Kenderaan tersebut ialah aset sedia ada Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) yang digunakan sementara selepas kenderaan rasmi yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong masih dalam tempoh penyelengaraan. Pengunaannya juga dibuat atas nasihat serta penilaian keselamatan PDRM, memandangkan kenderaan itu mempunyai ciri perlindungan keselamatan yang sesuai untuk tugas rasmi. #BMW7 #BIUPA #PMX #PDRM