Soy Barbie✨🌹 :
Untuk idola saya, Cristiano Ronaldo... 🥹❤️Tidak mengapa, wahai legenda. Air mata hari ini tidak akan memadamkan segala pengorbanan dan kejayaan yang telah engkau ukir selama ini. Engkau telah membuktikan kepada dunia bahawa dengan usaha, disiplin dan keyakinan kepada TUHAN, tiada yang mustahil.
Masih muda lagi, baru 41 tahun. Belum tua 80tahun lagi ,Selagi TUHAN mengurniakan kesihatan, kekuatan dan kesempatan, selagi itu masih ada harapan untuk terus mengejar impian. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin hari ini TUHAN menguji dengan kekalahan, tetapi esok TUHAN menghadiahkan kemenangan yang jauh lebih indah.
Dunia ini sentiasa berputar. Kadang-kadang kita berada di puncak, kadang-kadang kita berada di bawah. Namun, seorang juara sejati bukanlah orang yang tidak pernah kalah, tetapi orang yang sentiasa bangkit setiap kali diuji.
Terima kasih kerana telah membahagiakan jutaan hati selama ini. Terima kasih kerana menjadi inspirasi kepada ramai orang untuk tidak pernah berputus asa. Menang atau kalah, engkau tetap legenda yang tidak akan pernah terganti di hati kami.
Teruskan melangkah, teruskan berjuang, dan jangan pernah berhenti bermimpi. Saya akan sentiasa menyokongmu, bukan kerana kemenanganmu, tetapi kerana siapa dirimu.
Bagi saya, engkau tidak pernah kalah. Engkau hanya sedang menulis satu lagi bab indah dalam kisah seorang legenda. 🥹❤️**Força Portugal! 🇵🇹🤍
Força Cristiano Ronaldo! 🐐👑❤️
2026-07-09 04:01:19