@penjara.taiping.p: 🤝 PENGARAH PENJARA TAIPING ZAHIRKAN KEPRIHATINAN MENERUSI ZIARAH KEBAJIKAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN🤲 7 Julai 2026 – Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga kerja, Pengarah Penjara Taiping, PKK Rizalma bin Che Abd Hamid, telah mengadakan ziarah kebajikan ke kediaman SM Riduan bin Jaafar (SM 14809) berikutan pemergian ibu kandung beliau, Allahyarhamah Khalijah binti Othman, yang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua. Kunjungan tersebut turut diiringi oleh beberapa pegawai dan kakitangan Penjara Taiping sebagai tanda solidariti dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang melalui saat-saat yang penuh ujian. Dalam lawatan itu, PKK Rizalma bin Che Abd Hamid telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada SM Riduan bin Jaafar sebagai simbol keprihatinan serta sokongan berterusan Penjara Taiping terhadap kebajikan warga kerjanya. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Penjara Taiping dalam memupuk budaya penyayang, saling membantu dan memperkukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia. Seluruh warga Penjara Taiping turut merakamkan ucapan takziah kepada SM Riduan bin Jaafar dan seisi keluarga. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan serta kesabaran kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah Khalijah binti Othman, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Al-Fatihah. 🤲 #jabatanpenjaramalaysia #pejabatpengarahpenjaranegeriperak #PenjaraTaiping #MalaysiaMadani #fypシ
PENJARA TAIPING PERAK OFFICIAL
Region: MY
Tuesday 07 July 2026 13:43:58 GMT
Music
Download
Comments
Nuha 3678 :
Salam takziah sahabat
2026-07-07 23:55:38
2
Abu Patan :
Salam takziah sm
2026-07-09 11:13:08
0
RIZAL🌹rose :
😁😁😁👍👍👍
2026-07-07 23:40:45
2
kimojai :
🥰🥰🥰
2026-07-09 01:21:55
0
To see more videos from user @penjara.taiping.p, please go to the Tikwm
homepage.