@jimselangor: Replying to @fahrur @Outstanding Red @IMIGRESEN SELANGOR 2 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SELANGOR 20 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPERASI PENGUATKUASAAN BERSAMA MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA SUBANG JAYA, 7 JULAI 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melaksanakan Ops Kutip dan Ops Dandan di sekitar Puchong dan daerah Subang Jaya dengan kekuatan seramai 15 pegawai penguat kuasa. Operasi yang bermula pada jam 2.00 petang itu dijalankan hasil risikan dan pemantauan berterusan di kawasan tumpuan awam serta premis perniagaan yang disyaki menggaji atau melindungi warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen negara. Sepanjang operasi dijalankan, seramai 33 orang telah diperiksa melibatkan warga tempatan dan warga asing. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 20 warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Tiada saman saksi dikeluarkan dan tiada majikan diambil tindakan dalam operasi ini. Pemeriksaan telah dijalankan di kawasan pasar tani serta sebuah premis perniagaan di sekitar Puchong. Di lokasi pertama, seramai 32 orang telah diperiksa dan 19 warga asing ditahan yang terdiri daripada warganegara Indonesia dan Myanmar kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia. Di lokasi kedua, seorang warga Indonesia telah diperiksa dan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut. Tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi penguat kuasa lain dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI), seterusnya memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara. Orang ramai turut diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang menyalahgunakan nama, pangkat atau gambar pegawai Jabatan Imigresen Malaysia untuk tujuan penipuan. Sebarang maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan sewajarnya. #jimselangor #imigresenmalaysia #pati #viral #mbsj

IMIGRESEN SELANGOR
IMIGRESEN SELANGOR
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 07 July 2026 13:57:58 GMT
901775
31402
1085
5541

Music

Download

Comments

its_rd_rahat
𝖱𝖣_𝖱𝖠𝖧𝖠𝖳. :
This is painful to watch. As Rohingya, we often wonder if having our own homeland would spare our people from so much hardship and uncertainty. May Allah protect the oppressed, grant them dignity, and open the doors to a better future.
2026-07-09 16:29:26
1
mrefootballer2026x
𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐄𝐃 𝐀𝐑𝐈𝐅 :
Yeh Allah please save our Rohingya people😭
2026-07-09 16:07:10
2
nynabukater
Nynabukater :
Ini kita mahukan
2026-07-08 09:52:48
517
rief_syarafuddin
rief_syarafuddin :
semoga apa yang saya dah bantu dihargai
2026-07-08 05:41:38
1178
outstanding.red
Outstanding Red :
Terbaik team 💪🏼
2026-07-08 02:21:35
278
kopipakgogo0891
kopi pak gogo :
mana Rahim Bai??
2026-07-08 02:31:57
180
zlsmfco
kakfo :
ada kerja kosong sebagai penyamaran tak? laki saya macam remy ishak, boleh jadi baiya 🙂
2026-07-08 07:24:46
744
jimselangor
IMIGRESEN SELANGOR :
MAKLUMAN Bahagian Korporat Jabatan Imigresen Malaysia negeri Selangor berperanan menyampaikan maklumat, hebahan dan informasi rasmi kepada orang awam. Sehubungan itu, sebarang aduan, pertanyaan atau maklum balas hendaklah disalurkan melalui saluran aduan rasmi yang telah disediakan dan bukan melalui ruangan komen di platform media sosial ini. Sila klik pautan di bio untuk mengakses saluran rasmi aduan dan pertanyaan Jabatan Imigresen Malaysia. Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amatlah dihargai. Terima kasih.
2026-07-08 05:53:55
414
maher.shoaib2
Maher Shoaib :
too sad to watch
2026-07-09 22:03:11
1
along_asbullah
ALONG_ASBULLAH :
STEADY BOSS
2026-07-09 07:34:23
1
cik_in46
siapa dia? :
thanks
2026-07-09 05:17:08
0
alongniky
Along Nikky TrendyFun :
Meru Klang pon ramai
2026-07-08 07:32:42
69
drhafizhimawari
ハフィズ :
baru nak buat kerja k3...saja nak tahu je
2026-07-08 04:47:38
33
rusniwati53
Wati :
terima kasih banyak JIM.anda telah berusaha untuk negara dan rakyat
2026-07-07 15:30:45
285
mdnizamtgh
MdNi🔰 :
Terengganu ade ramai.xde yg amik tahu.
2026-07-08 12:42:42
10
awanamy
wan nipoh :
tahniah jim
2026-07-08 03:23:06
7
latifahothman75
Is :
Terbaik jim
2026-07-08 04:18:21
5
lebaimalam8
Lebaimalam :
bagus tegas lagi
2026-07-08 02:18:25
6
rustic_chemistry11
Rustic Chemistry :
ALHAMDULILLAH Semuga dipermudahkan segala²nya & dilindungi oleh ALLAH dlm menjalankan tugas Aamiin
2026-07-08 01:57:44
46
tiniesyairul
tinie :
terbaik sgt2
2026-07-08 08:04:48
5
mohdazmilmohdazmi5
TIGER BOY :
bagus kerja jalan dengan amanah ye🥰
2026-07-08 03:05:43
24
azmihassan79
user5881486911804 :
terbaik JIM.
2026-07-08 01:23:58
16
vithyasendh
𝓋𝒾𝓉𝒽𝓎𝒶🦋 :
Area sunway, desa mentari, sunway mentari, mentari court
2026-07-08 07:43:57
25
To see more videos from user @jimselangor, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About