@jason.yew: 1. Kata Setiausaha Agung UMNO, Onn Hafiz tidak berkempen. Dia sekadar "memperkenalkan calon" sahaja. 2. Hebat sungguh pemimpin UMNO sekarang. Cerdik pandai belaka bermain bahasa. 3. Bawa calon pusing sana-sini waktu pilihan raya, itu bukan kempen. Itu agaknya cuma nak eratkan silaturahim. 4. Dulu curi duit berbilion, mereka panggil "derma Arab". 5. Sekarang bila terang-terang buat kerja kempen guna kedudukan, mereka panggil "perkenal calon". 6. Kalau parti lawan yang buat, cepat-cepat buat laporan. Kata langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya. Tuduh salah guna jentera kerajaan. 7. Tapi bila geng sendiri yang buat, semuanya halal. Semuanya suci murni. 8. Asyraf Wajdi memang pandai menjalankan tugasnya. Pandai memutar belit fakta untuk halalkan cara. 9. UMNO fikir rakyat ini bodoh sangat. Boleh ditipu dengan tukar-tukar istilah. 10. Teruskanlah perangai begini. Dulu ditolak rakyat pun belum cukup beri pengajaran. Lama-lama parti ini hanya akan tinggal nama dalam sejarah. #PRNJohor #TVETMARA