@profmuhaya: “Saya tak nak hidup lagi dalam menyalahkan.” Bukan sebab ia mudah. Ya, mungkin ada perkara yang melukakan kita. Mungkin ada orang yang tidak berlaku adil. Tetapi kita tetap mempunyai pilihan. Pilihan untuk terus hidup sebagai mangsa keadaan. Atau pilihan untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang kita fikir, rasa dan lakukan. Bukan perjalanan yang mudah. Tetapi perjalanan yang mengubah hidup. Kerana perubahan sebenar bermula apabila kita berhenti bertanya, “Kenapa dia buat saya macam ni?” dan mula bertanya, “Ya Allah, apa yang boleh saya pelajari dan ubah dalam diri saya?” 🌱 Apabila kita berhenti menyalahkan, kita mula bertumbuh. 🎥 Tonton video penuh di YouTube Prof Muhaya TV dan pelajari bagaimana mengubah mindset daripada blame kepada responsibility untuk hidup yang lebih tenang dan bermakna. Klik link di bio profile