@shahzoda..r:

shahzoda
shahzoda
Open In TikTok:
Region: UZ
Wednesday 08 July 2026 07:10:39 GMT
461
29
3
1

Music

Download

Comments

ruhshona..ru
R. :
qaysi davlatga bordiz oposi 😂
2026-07-08 09:59:43
0
b.sltnva
b.stlnva :
😍😍😍😍
2026-07-08 18:44:58
0
To see more videos from user @shahzoda..r, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Menara Merdeka 118 yang dikenali sebagai mercu tanda terbaharu Malaysia sekali gus melakar sejarah yang menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 678.9 meter. Idea pembinaan menara 118 tingkat ini mula dicetuskan pada tahun 2007 oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), namun kerja-kerja asas tanah hanya dimulakan secara rasmi sekitar tahun 2015. Pembinaannya yang melalui fasa struktur utama bermula tahun 2016 memerlukan kepakaran kejuruteraan yang tinggi sehinggalah pemasangan struktur puncak  selesai sepenuhnya pada tahun 2021, sebelum disiapkan secara menyeluruh pada tahun 2023. Reka bentuk seni bina menara ini dihasilkan oleh firma terkemuka Australia, Fender Katsalidis dengan menyuntik elemen warisan dan identiti kebangsaan yang sangat mendalam. Pada bahagian luarnya yang dilitupi panel kaca berbentuk berlian diilhamkan daripada kehalusan motif geometri kain songket tradisional Melayu yang melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Paling menarik, bentuk keseluruhan menara berserta puncaknya digubah khas bagi mengabadikan detik bersejarah negara iaitu gaya unikPerdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, semasa mengangkat tangan melaungkan
Menara Merdeka 118 yang dikenali sebagai mercu tanda terbaharu Malaysia sekali gus melakar sejarah yang menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 678.9 meter. Idea pembinaan menara 118 tingkat ini mula dicetuskan pada tahun 2007 oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), namun kerja-kerja asas tanah hanya dimulakan secara rasmi sekitar tahun 2015. Pembinaannya yang melalui fasa struktur utama bermula tahun 2016 memerlukan kepakaran kejuruteraan yang tinggi sehinggalah pemasangan struktur puncak selesai sepenuhnya pada tahun 2021, sebelum disiapkan secara menyeluruh pada tahun 2023. Reka bentuk seni bina menara ini dihasilkan oleh firma terkemuka Australia, Fender Katsalidis dengan menyuntik elemen warisan dan identiti kebangsaan yang sangat mendalam. Pada bahagian luarnya yang dilitupi panel kaca berbentuk berlian diilhamkan daripada kehalusan motif geometri kain songket tradisional Melayu yang melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Paling menarik, bentuk keseluruhan menara berserta puncaknya digubah khas bagi mengabadikan detik bersejarah negara iaitu gaya unikPerdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, semasa mengangkat tangan melaungkan "Merdeka" pada 31 Ogos 1957. Lokasi pemilihan tapak menara ini juga membawa nilai sentimental yang besar kerana terletak berhampiran dengan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, dua kawasan warisan yang menjadi saksi kelahiran sebuah negara yang bebas. Kedudukan strategik ini berjaya menggabungkan nostalgia sejarah silam dengan visi pemodenan masa hadapan Malaysia di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Impak daripada keunikan seni bina dan kejuruteraan hebat ini, Merdeka 118 bukan sahaja memenangi anugerah bertaraf global seperti Bangunan Tinggi Terbaik di Dunia pada tahun 2025, malah kini menjadi simbol kemegahan dan kemajuan ekonomi negara di persada antarabangsa.
Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) memegang sejarah sebagai institusi penjagaan psikiatri tertua di Malaysia. Hospital ini diasaskan hasil inisiatif Dr. W.F. Samuels sebagai pegawai perubatan British, beliau melihat keperluan untuk mewujudkan sebuah pusat rawatan mental yang lebih sistematik di Tanah Melayu pada ketika itu. Terletak di kawasan seluas 544 ekar di Tanjung Rambutan, Perak, hospital ini mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1911 dengan nama asalnya, Federal Lunatic Asylum. Pada fasa awal ini, kemudahannya amat terhad dengan hanya tiga wad untuk pesakit lelaki dan satu wad untuk pesakit wanita yang pada masa itu Dr. Samuels sendiri berkhidmat sebagai Penguasa Perubatan yang pertama. Seiring dengan perkembangan bidang perubatan jiwa dan usaha mengurangkan stigma masyarakat, identiti hospital ini telah melalui beberapa fasa transformasi nama. Pada tahun 1928, hospital ini dinamakan semula sebagai Central Mental Hospital bagi mencerminkan peranannya sebagai pusat rawatan mental utama di bawah pentadbiran Persekutuan. Walau bagaimanapun, pada awal 1970-an  perubahan berlaku apabila nama
Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) memegang sejarah sebagai institusi penjagaan psikiatri tertua di Malaysia. Hospital ini diasaskan hasil inisiatif Dr. W.F. Samuels sebagai pegawai perubatan British, beliau melihat keperluan untuk mewujudkan sebuah pusat rawatan mental yang lebih sistematik di Tanah Melayu pada ketika itu. Terletak di kawasan seluas 544 ekar di Tanjung Rambutan, Perak, hospital ini mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1911 dengan nama asalnya, Federal Lunatic Asylum. Pada fasa awal ini, kemudahannya amat terhad dengan hanya tiga wad untuk pesakit lelaki dan satu wad untuk pesakit wanita yang pada masa itu Dr. Samuels sendiri berkhidmat sebagai Penguasa Perubatan yang pertama. Seiring dengan perkembangan bidang perubatan jiwa dan usaha mengurangkan stigma masyarakat, identiti hospital ini telah melalui beberapa fasa transformasi nama. Pada tahun 1928, hospital ini dinamakan semula sebagai Central Mental Hospital bagi mencerminkan peranannya sebagai pusat rawatan mental utama di bawah pentadbiran Persekutuan. Walau bagaimanapun, pada awal 1970-an perubahan berlaku apabila nama "Hospital Bahagia Ulu Kinta" diperkenalkan. Peralihan nama ini simbol kepada perubahan besar dalam rawatan psikiatri daripada sekadar pusat tahanan kepada pusat pemulihan yang berteraskan kesejahteraan dan harapan bagi pesakit. Dari segi fungsi dan infrastruktur, HBUK terkenal kerana pendekatannya yang unik melalui terapi cara kerja dan pemulihan fizikal. Kawasan tanahnya yang luas dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian, penternakan, dan kraf tangan yang bertujuan melatih kemahiran sosial serta vokasional pesakit sebelum mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Kini, hospital ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat rujukan psikiatri nasional tetapi memelihara warisan perubatannya melalui penubuhan Muzium Hospital Bahagia Ulu Kinta. Muzium tersebut mendokumentasikan evolusi rawatan mental di Malaysia dan juga menjadikan HBUK sebagai saksi sejarah penting dalam sistem kesihatan negara. #fyp

About