@alif.azizi69: TRANSFORMASI JOHOR BERSAMA MADANI Kerajaan MADANI meneruskan usaha mentransformasikan pintu masuk dan mobiliti rentas sempadan antara Johor dan Singapura dengan pelbagai inisiatif. Antaranya adalah menambahbaik KSAB dan BSI, lorong motosikal dan dewan penumpang yang lebih selesa serta penggunaan teknologi digital. Usaha ini juga melengkapkan pembangunan JS-SEZ dan persediaan menjelang operasi RTS Link yang bakal memperkukuh mobiliti rakyat. Transformasi untuk negeri Johor dari kerajaan akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta memberikan pengalaman yang lebih baik kepada jutaan pengguna setiap tahun. #MalaysiaMadani #YakinMadani #MADANIBekerja