@imigresenmy: 𝗧𝗘𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu Operasi Khas pada 7 Julai 2026 di sekitar Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur dan Terminal Bersepadu Gombak, Selangor bermula bermula jam 5.30 petang melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama satu (1) bulan, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan satu (1) lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ dan turut ditahan empat (4) migran lelaki warganegara India. Kesemua mereka berusia di antara 18 hingga 48 tahun. Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 5 orang. Semakan awal mendapati, satu (1) lelaki warganegara India yang ditahan telah disenarai hitam oleh pihak JIM sebelum ini, namun suspek masuk semula ke negara ini tanpa melalui pintu masuk yang diwartakan. Manakala yang lain tidak memiliki sebarang Pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini. Pasukan operasi telah menyita 2 unit telefon bimbit dan 4 naskhah paspot India. Turut disita sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dipercayai digunakan dalam kegiatan ini. Modus operandi adalah dengan membawa masuk warganegara asing terutama dari India ke Malaysia tanpa melalui pintu masuk yang diwartakan. Seterusnya warga asing tersebut akan diambil oleh ‘transporter’ di hentian bas sebelum dibawa ke lokasi yang dituju. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM6,000 bagi setiap seorang. Kegiatan ini dipercayai beroperasi sejak tahun lalu. ‘Transporter’ warga tempatan ditahan kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Sek.26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Sek.6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. Jabatan Imigresen Malaysia akan terus komited dalam membanteras sebarang aktiviti penyeludupan migran dan akan mempergiatkan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan, kedaulatan serta kesejahteraan negara terus terpelihara. #tiadaharitanpaoperasi #OpsGempur #JabatanImigresenMalaysia #imigresenperkasa #PATI
Jabatan Imigresen Malaysia
Region: MY
Thursday 09 July 2026 00:33:10 GMT
Music
Download
Comments
OSA :
2026-07-11 09:07:43
0
tiktok.com/@vjraj08 :
2026-07-09 11:07:20
0
jauhi riba, rasuah :
dah berapa tahun terlepas
2026-07-09 13:31:52
0
Otai Brutal :
2026-07-09 09:57:30
0
Sofazsogud :
2026-07-09 01:28:41
0
ARAS :
tahniah..terbaik
2026-07-09 04:32:04
0
Majid.kasim :
jika ada akta Isa... memudahkan urusan
2026-07-09 03:13:13
0
Cik Doc :
😳
2026-07-09 09:40:45
0
To see more videos from user @imigresenmy, please go to the Tikwm
homepage.