@ohmedia: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengambil maklum mengenai cadangan untuk mewujudkan surau atau musala Jumaat di pusat membeli-belah di seluruh negara. Baginda memperkenankan penegasan Jabatan Mufti Pahang bahawa syarat sah solat Jumaat mengikut Mazhab Syafie. Ini termasuk didirikan dalam waktu Zohor, secara berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 lelaki mastautin, didahului dua khutbah dan dilaksanakan di tempat yang dikhususkan. Selain itu, tidak boleh ada pertembungan solat Jumaat di kawasan berhampiran kecuali jika ada kesukaran yang pasti dan akan diputuskan oleh Mufti Pahang dan disembahkan untuk perkenan Sultan Pahang. #ohmedia #as