@imigresenpulaupinang: OPERASI MEGA GEMPUR TAPAK PEMBINAAN, JIMPP PERKASA PENGUATKUASAAN BANDAR TASEK MUTIARA, 9 Julai – Sebuah tapak pembinaan di Bandar Tasek Mutiara menjadi tumpuan Ops Mega hari ini apabila Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) menggempur lokasi berkenaan menerusi operasi bersepadu yang turut disertai beberapa agensi penguat kuasa. Operasi itu membabitkan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Turut bersama dalam operasi ini ialah Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syamsul Fitry bin Ahmad; Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan), Tuan Sanjeetharan a/l Mathavan; Yang Arif Yap Tsu Sheng, Timbalan Pendakwa Raya (TPR); Ketua Bahagian Penguatkuasa, Tuan Ahmad Fitri bin Ahmad Rabudzi; serta Ketua Unit Operasi JIMPP, Tuan Izham bin Idris. Operasi berkenaan memberi fokus kepada pemeriksaan warga asing dan majikan bagi mengesan sebarang pelanggaran Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta perundangan lain di bawah bidang kuasa agensi yang terbabit. Individu yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. JIMPP menegaskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu akan diteruskan secara konsisten sebagai usaha membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI), selain memastikan setiap majikan mematuhi undang-undang negara. Kerjasama strategik antara agensi diyakini mampu memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam. #jimpp #perkasa #imigresen #malaysiamadani #keselamatantanggungjawabbersama
JIM PULAU PINANG
Region: MY
Thursday 09 July 2026 17:44:39 GMT
Music
Download
Comments
osaeden :
terbaik Imigresen Malaysia pulau Pinang 👍👍👍👍👍👍👍
2026-07-12 11:52:38
1
Jaspal Dev :
👋🏻
2026-07-13 07:42:48
0
hatiminttr :
Terbaik Jim Pulau Pinang
2026-07-10 02:55:00
2
hebat :
cuba tapak bina botanical garden
2026-07-10 11:19:57
0
user7867198601160 :
Bila nak mai barat daya ???????
2026-07-10 02:13:55
1
MD Mamonur Rashid :
2026-07-10 23:57:32
0
tiktok.com/@vjraj08 :
2026-07-10 02:43:54
0
Fatimah Dilah :
tak iah
2026-07-11 04:09:16
0
kimmmbii :
tapi di kajang aman aman sahaja sya sdh 4 thun kat sana bnyak pun sdh 7 tahun masih aman aman saja di pasar kajang
2026-07-10 03:11:41
0
RAFI :
mantap tuan
2026-07-09 18:11:31
1
P kumar :
bagus
2026-07-10 12:52:45
0
FANS INTERMIAMI🔥 :
kawan-kawan bapakku laa🥺
2026-07-12 00:29:54
0
P kumar :
mantap. mantap👍👍👍
2026-07-10 12:53:20
0
Kivz | Racun Tiktok :
saya dah report imigresen tapi tak ada jawaban
2026-07-10 12:07:37
2
BAHA :
Terbaik JIM sentiasa mengadakan ops bagi membenteras kan PATI tetapi kenapa xbuat ops dipasar2 kerana terdapat ramai PATI
2026-07-10 00:45:58
2
Fakryrezki :
hadir support terbaik fighter 👍
2026-07-13 07:48:19
0
UNCLE RAJJ🇧🇷🇲🇾 :
Kilang pelat simpng ampt tmn pewra
2026-07-12 03:13:02
0
Azmi Majid :
kampung nenas bukit tengah
2026-07-11 23:58:26
0
minjawi :
tabik JIM....pati x tdoooo mlm....
2026-07-10 06:43:38
0
ʀᴀɴᴀ ʜᴀɪᴅᴇʀ ✌︎㋡ :
👍
2026-07-11 21:52:49
0
NorAshid_72 :
🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2026-07-10 03:48:05
0
MOHD⚓YAZID :
👏👏👏
2026-07-10 06:40:39
0
Ayong.belatir :
😁😁😁
2026-07-10 11:56:07
0
MD,Abdullah Al Mamun :
😁😁😁
2026-07-10 14:37:30
0
Miss Elegant♥️🌸🌸 :
🫡🫡
2026-07-09 23:18:54
0
To see more videos from user @imigresenpulaupinang, please go to the Tikwm
homepage.