@infohartanah: Ramai owner ingat rumah tak laku sebab tak ada orang berminat. Hakikatnya, ramai pembeli memang suka rumah tersebut. Cuma harga yang diminta tidak selari dengan nilai pasaran semasa. Bila harga terlalu tinggi daripada nilai pasaran, pembeli perlu keluarkan lebih banyak wang tunai. Di situ ramai yang terpaksa menarik diri. Harga boleh kita letak. Tetapi nilai pasaran menentukan siapa yang mampu membeli. Kalau rumah dah lama diiklankan tetapi masih belum terjual, mungkin sudah tiba masanya semak semula strategi harga.