@rashahasmiee: Usaha pendigitalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula menunjukkan hasil apabila penggunaan Sistem Maklumat Pergigian (DIS) dan Sistem Maklumat Hospital Daerah (DHIS) berjaya mempercepatkan urusan di fasiliti kesihatan kerajaan. Langkah ini membantu mengurangkan masa menunggu pesakit serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Pendigitalan bukan sahaja memudahkan urusan pesakit, malah membolehkan petugas kesihatan memberikan perkhidmatan yang lebih pantas dan teratur. Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh sistem kesihatan awam demi manfaat seluruh rakyat. #MalaysiaMADANI #KKM #AnwarIbrahim #DemiRakyat