@dagreatizzura: @teroka.100 🥈 100.35km perlumbaan yang penuh sengit, namun segalanya berubah dalam 150 meter terakhir. Sepanjang pendakian, saya berdepan tunggangan yang sangat agresif daripada seorang rider sehingga hampir menyebabkan saya keluar dari laluan dan ke bahu jalan (longkang), sekaligus mewujudkan situasi yang amat berbahaya. Kemudian, hanya berbaki 150 meter sebelum garisan penamat, saya terlibat dalam kemalangan selepas sebuah Hilux memasuki laluan perlumbaan, menyebabkan basikal saya rosak dan tidak lagi boleh dikayuh. Saya hanya mampu menolak basikal sehingga ke garisan penamat. Tempat kedua bukanlah sasaran saya, namun saya tetap bersyukur kerana masih dapat menamatkan perlumbaan dengan selamat. Perlumbaan memang kompetitif, tetapi rasa hormat, keselamatan dan semangat kesukanan tidak sepatutnya dikompromi. Menang itu penting, tetapi pulang dengan selamat lebih utama. 🤍🚴♀️ Insya-Allah, baiki basikal, pulihkan diri, dan kembali lebih kuat. 🚀🤍 Yang Masih Tersakiti, Dagreat Izzura
Dagreat Izzura
Region: TH
Friday 10 July 2026 14:12:23 GMT
Music
Download
Comments
PARIwalid :
tahniah idola🥰🥰🥰🫡🫡🫡
2026-07-11 09:30:37
0
zunikacamps :
power shark !!! Ahamdulilah selamat semua nya.. taniah
2026-07-10 18:41:05
0
To see more videos from user @dagreatizzura, please go to the Tikwm
homepage.