@memoirs.tun.dr.mahathir: Selamat hari lahir buat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ke-101. Sesungguhnya, sejarah Tanah Melayu hidup bersama beliau. Memulai kehidupan di era Perang Dunia ke-2 di kampung Melayu miskin di tahun 30an meninggalkan kesan yang mendalam buat diri Tun. Dasar British yang mengasingkan 3 kaum mengikut penempatan dan ekonomi membuatkan orang Melayu ketinggalan berbanding kaum-kaum lain di Tanah Melayu. Kedatangan Jepun di era 40an memiskinkan lagi orang Melayu yang miskin. Tun sendiri terpaksa menjual pisang di Pekan Rabu di era tersebut. Semua makanan terpaksa dicatu. Setelah Jepun kalah, British yang cabut lari dari Tanah Melayu kembali dan memaksakan Malayan Union kepada orang Melayu dan Sultan. Kononnya untuk memudahkan pentadbiran. Ya, memudahkan mereka tapi Tanah Melayu bukan lagi tanah hak milik orang Melayu lagi. Semuanya akan menjadi sama rata. Orang Melayu tak lagi menjadi tuan tanah ini. Tun telah menentang Malayan Union sejak berumur 20 tahun ketika di English School (kini Kolej Sultan Abdul Hamid). Bagi pihak lawan seperti Lee Kuan Yew, Tun dilihat sebagai ultra Melayu. Melayu garis keras. Pendirian Tun jelas, Tun hanya mahu mempertahankan tanah ini tetap menjadi tanah orang Melayu tanpa meminggirkan bangsa lain. Selepas rancangan Malayan Union gagal, mengikut perlembagaan Malaysia, kerakyatan kepada orang bukan Melayu merupakan budi bicara dan tolak ansur orang Melayu. Disebabkan persetujuan inilah orang bukan Melayu diberi kerakyatan. Orang bukan Melayu di awal pembentukan Malaysia bersetuju bahawa orang Melayu adalah tuan tanah negara ini. Ini sukar difahami oleh ramai orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu moderate di zaman kini, yang tidak tahu akan perjanjian kerakyatan ini. Keadaan juga membentuk jati diri Tun menjadi ultra Melayu. Tun melihat kemiskinan orang Melayu di depan mata, malah Tun juga bukanlah dari keluarga kaya. Apabila melanjutkan pelajaran di Singapura dalam bidang perubatan, Tun berasa kecewa kerana pelajar Melayu sangat sedikit. Hanya 7 orang Melayu sahaja daripada 77 pelajar. Antara yang 7 adalah Tun dan Tun Hasmah. Inilah antara faktor mengapa Tun menjadi ultra Melayu. Takut dan sedih melihat bangsa sendiri ketinggalan dalam pelajaran, pekerjaan dan taraf hidup. Sungguh, jika ingin mencari orang Melayu yang dikatakan ultra Melayu di zaman kini untuk dibentuk menjadi "Dr Mahathir ke-2", ianya tidak ada lagi. Sebab jati diri Tun dibentuk di zaman penjajahan. Jiwa dan pemikiran Tun ditempa di zaman penuh konflik, rusuhan, darurat dan tragedi-tragedi tragis yang membentuk diri Tun menjadi ultra Melayu. Ada orang menyebut beberapa orang boleh menjadi "Dr Mahathir ke-2", tetapi sejujurnya mereka tidak sampai dan tak mampu untuk menjadi seperti itu. Zaman berbeza, suasana telah berbeza. Tiada lagi insan yang boleh menjadi seperti Tun. Biarlah pihak lain menyebut Tun ultra Melayu kerana ultra Melayu seperti Tun lah yang konsisten membela nasib bangsa Melayu sehingga ke penghujung nafas. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bapa Pemodenan Malaysia.

Memoirs Tun Dr. Mahathir
Memoirs Tun Dr. Mahathir
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 11 July 2026 08:05:23 GMT
762320
101189
3217
13906

Music

Download

Comments

boylah69
SuriaSebatang :
Tun betul2 ikhlas sayangi bangsa MELAYU 🥰
2026-07-11 17:57:09
3169
vvanmie
vvanmie :
pernah bertugas rapat dgnnya sehingga saat² akhir hari persaraannya. Walaupun hanya sempat 2thn bersamanya, tetapi amat² beruntung bagi diri saya. Biarlah org nak kata apa pun.
2026-07-11 16:31:53
2448
subhanalla93
Kamil :
kita tidak tau apa hikmahnya Allah masih menjaga kesihatan beliau hingga kini...mgkin dia kekuatan untuk kita semua bangsa Melayu.. semoga Tun sihat-sihat sahaja
2026-07-11 23:31:29
2461
memoirs.tun.dr.mahathir
Memoirs Tun Dr. Mahathir :
Mohon repost dan save sebanyak-banyaknya versi 2 ini demi menyedarkan anak bangsa kita.
2026-07-11 10:32:24
2050
ardgilloxleydenze
Ard~Gill-OxleyDenzel :
Boleh tak.. beri peluang untuk Tun berucap di hari kemerdekaan untuk sampai kan teguran dan mesej ini.. plssss!
2026-07-14 14:22:18
766
user581047566850
eucalyptus :
Anak2 yg lahir tahun 80 an pasti merasakan TUN M lah perdana menteri Malaysia forever.. setiap kali tun berucap dalam apa2 majlis.. mata & telinga ini tidak pernah beralih… sehingga lah hari tun melafazkan perletakan jawatan.. itulah memoir sy sebagai pelajar tingkatan menangis dan seakan tidak berpijak di bumi.. duduk serapat2 depan tv untuk memastikan apa yg di dengar itu TIDAK BENAR 😭😭😭😭😭 sehingga hari ni sy masih mahu tun mnjadi PM sy 🥺 sy belum ada rezeki berjumpa TUN
2026-07-15 03:25:10
504
aminhakim77
aminhakim77 :
semoga tun hidup dan mati di mulia kan allah
2026-07-11 17:20:42
941
ijanrider
𝓘𝓳𝓪𝓷𝓡𝓲𝓭𝓮𝓻84☝️🐎 :
Sy lahir & membesar zaman pemerintahan Tun Mahathir. Byk jasa beliau pd Rakyat & Negara. Smga Tun Mahathir di dlm rahmat & redha Allah S.w.t.
2026-07-12 00:05:11
801
syukri_omar
Syukri Omar :
Full respect to TUN
2026-08-01 17:07:18
1
atehworld90
Ateh World :
Tun M fanatik dengan bangsa Melayu bukan sbb dia rasict . ini sebab bangsa Melayu memang layak untuk berada gah di tanah air sendiri yg bangsa lain tak boleh pertikaikan . bukan cina . bukan india yg boleh mengaku sebagai tuan besar di Tanah Melayu . Tanah Melayu adalah hak bangsa Melayu .
2026-07-15 02:35:00
242
echaempire
EchaEmpire :
He a good leader❤️
2026-08-01 10:24:47
1
syukeriromlah
putra putri :
sapa dengar sampai habis dn menangis sama2 dgn tun
2026-07-17 05:09:26
120
zaiton.ngah1
Zaiton Ngah :
Tun Mahathir dulu dan selamanya tetap memperjuangkan nasib orang Melayu...
2026-07-11 13:33:23
602
matnor7924
matnor :
sepanjang hayat xpernah tgok tun depan mata x kira h atau dekat.. teringin nk tgok tun m
2026-07-29 06:21:25
12
sakuraitupink
sakuraitupink :
Tun Mahathir berjiwa rakyat.. ❤️syg tun Mahathir ❤️
2026-07-21 13:21:55
5
asyeraaf
AA. :
idola tokoh negara sejak dari zaman tadika, Tun M🫂
2026-07-20 15:27:21
5
sitizaharahmahmud
Siti Zaharah Mahmud :
ucapan dari kolam hati yg jernih semoga sentiasa dlm perlindungan Allah 🥰
2026-07-21 05:59:38
6
m.zqqkll
m.z :
saya membesar dizaman tun semoga Allah panjangkan umur tun amin amin 😭
2026-07-21 05:10:11
5
geeyah_84
🕊️💚 ڬيه_٨٤ 💚🕊️ :
" LAGENDA NEGARA 🇲🇾 NEGARAWAN 🇲🇾 SEJATI 🤍 "
2026-07-16 01:44:15
5
cheqman65
cheqman65 :
sy bangga punya pemimpin yg disegani dan dihormati dunia.. itulah ayahanda tun m..negarawan terulung yg prnh kita miliki...
2026-07-21 02:56:12
5
zatarra3993
Ontel :
at least Tun M bercakap dgn sopan santun...pembakar semangat..semoga Tun M sihat selalunya insya allah..
2026-07-16 10:43:45
127
suejune01
🕊️𝓙𝓤𝓝𝓔~#𝓐𝓓𝓗🕊️ :
The great leader and the one only in the world Ayahnda Tun M.. Semoga Ayahnda Tun M sihat dlm rahmat redha kasih syg Allah Swt selalu Aamiin🤲🤲🤲🥰
2026-07-15 22:06:03
10
silverorchid2
Silver Orchid🇵🇸🇮🇷❤️ :
jauh beza kan dgn pemimpin skrg ni..smngt dh lain..hala tuju lagilah berbeza🫠🥲..itulah beza pemimpin yg hdup zmn pnjajah vs yg hdup slps merdeka
2026-07-11 09:42:16
326
wumenyana
LiyanaBerjaya :
Tun Mahathir tak layak dihina.mmg setiap org ada silap.tapi lebih banyak kebaikan rasanya😭
2026-07-13 03:51:47
493
tc.ally
🌷نور :
Setiap ucapan Tun....pasti akan ada kata² semangat untuk kita positifkan diri dan mengingatkan kita untuk tidak leka...agar kita tidak gagal dlm hidup. Dulu saya pelajar yg lemah... tpi sbb dh terbiasa didewasakn dgn dengan selalu mendengar ucapan² dan kata² Tun Mahathir di TV, hati dan minda saya semakin sedar & terbuka. Dari situ, saya usaha utk terus belajar dgn matlamat utk berjaya. Saya pernah patah semangat bila org terdkt saya kata, saya ni x pandai, mampu ke berjaya?? Sedih, tpi itu cabaran buat saya utk buktikn yg saya juga boleh berjaya. Dan akhirnya subhanallah tabarakallah alhamdulillah. Allah izinkan saya pandai & berjaya. Saya sndri x sangka akhirnya dpt smbung blajar di universiti tempatan. Alhamdulillah juga dpt pekerjaan yg baik. Allah swt adalah sebaik² perancangan. Kita ni...perlu berusaha & jgn malas. Bila dh berjaya. Skrng giliran saya pula utk bantu anak² Melayu jdi pandai dan dan saya akan igtkn mereka jgn mudah dijajah. Tun Mahathir sememangnya seorang pemimpin yg terbaik....🥲🥲🥲 Semoga Allah sntiasa berikan beliau kesihatan yg baik & panjangkn umurnya...🤲🏻🤲🏻🤲🏻
2026-07-11 16:28:52
550
To see more videos from user @memoirs.tun.dr.mahathir, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About