@zaty769: Aku ambil beras. Pamper. Susu. Telur. Roti. Beberapa barang dapur yang memang dah habis. Tak ada benda mewah pun. Semua keperluan. Sampai dekat kaunter, cashier scan Satu-satu. RM138.40. Aku hulur kad. "Веер." Transaction decline Aku senyum. "Tak apa kak, cuba sekali lagi." Dia swipe kali kedua. Masih gagal. Belakang aku orang dah mula beratur. Aku terus buka online banking. Masa tu baru aku perasan auto debit insurans baru je masuk beberapa minit lepas. habis. Baki tinggal RM21 je. Aku terus blank. Cashier tanya perlahan. "Encik, nak asingkan barang ke?" Aku angguk. Dengan tangan menggigil aku mula letak tepi satu-satu barang ni Mula-mula roti. Lepas tu telur. Lepas tu beras. Akhir sekali aku pegang pampers dengan susu. Aku pandang dua-dua barang tu lama. Dalam hati cuma fikir, "Kalau tinggal susu, anak minum apa?" "Kalau tinggal pampers, anak pakai apa malam ni?" Akhirnya aku letak balik pampers. Aku bayar susu je. Keluar dari pasar raya aku duduk atas motor. Tak terus hidupkan enjin. Aku pegang helmet lama. Bergenang air mata. Aku rasa macam gagal. Sebagai suami. Sebagai ayah. Balik rumah isteri nampak plastik yang aku bawa. Dia terus tanya, "Eh, beras mana?" Aku tak mampu nak tengok muka dia. Aku cuma cakap perlahan, "Kad abang tak lepas." Aku ingat dia akan kecewa. Tapi dia terus senyum. Dia buka kabinet dapur. Keluar satu bekas kecil. "Beras masih ada sikit lagi. Saya simpan untuk waktu macam ni." Rupanya selama ni dia sengaja bajet-bajet. Supaya stok beras tahan lebih lama. Aku langsung tak perasan. Malam tu bila semua dah tidur.. Aku duduk atas sejadah. Aku tak tahu nak doa panjang-panjang. Aku cuma cakap, "Ya Allah, Aku tak minta hidup mewah. Aku cuma nak.. Bila keluarga aku perlukan sesuatu yang asas, aku mampu sediakan tanpa rasa takut tak cukup.." Beberapa hari kemudian bos panggil masuk bilik. Aku ingat ada masalah kerja. Rupanya kontrak aku disambung. Sekali dengan kenaikan gaji. Tak besar. Tapi cukup. Cukup untuk aku bernafas semula. Sampai hari ni setiap kali aku tap kad dekat kaunter, aku masih teringat hari tu.. Hari aku terpaksa pilih barang mana yang boleh dibawa pulang. Hari yang mengajar aku. Orang yang nampak tenang di depan kita, belum tentu hidup dia sedang tenang. Kadang-kadang dia cuma sedang berusaha sedaya upaya. Supaya keluarganya tidak tidur dalam kekurangan. Dan aku belajar satu perkara. Rezeki yang paling besar bukan bila akaun penuh. Tetapi bila Allah cukupkan keperluan keluarga kita, walaupun suatu ketika dulu kita pernah rasa mustahil untuk melepasi hari esok. #syukurselalu #suamiistri #duit #kerjakeras #doarezeki

Zaty | CintaNya Dalam Hati
Zaty | CintaNya Dalam Hati
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 12 July 2026 09:21:11 GMT
570502
25731
717
2520

Music

Download

Comments

anndee72
AnnDee Miya :
Ehhh.. dejavu.. aku pernah alami org depan aku nak bayar tapi lepas wave card tettt tak lepas.. kad 1 lagi tak lepas.. tak banyak pon dalam rm110 mcm tu.. terkial² check balance mea dia.. pas tu suruh mcm ni la amik yg perlu.. lepas tu aku suruh dia ke tepi dan suruh dia amik semua brg dia dan ckp kat cashier masuk bill sy.. lama juga adek tu geleng².. aku garang gais.. aku cakap ‘ko gi balik dek.. q panjang ni’.. 🤭 padahal aku sedih juga sebenarnya.. lepas dah bayar semua, adek tu tunggu kat depan nak mintak no phone nak byr balik bila cukup duit.. tapi aku ckp x pe akak belanja.. sedih woooo.. ntah apa cerita aku masuk kereta je ada kawan lama call mintak maaf bagai sbb lama x bayar hutang dia dan masa tu dia mintak nombor account sbb nak bayar.. aku lupa dah dia ada hutang mungkin sbb dah lama.. dia hutang 3k aje.. tapi dia bayar 5k wei.. everbody happy la kot gamaknya 😎
2026-07-13 19:00:53
2180
nesoais3
NES_0_AIS :
Smlm hari jadi anak aku.. Duit dlm poket ade rm20 je..aku bwk ank aku g beli kek sepotong je harga rm8.. Balance aku sambut hari jadi ank aku mkn roti canai jje😭 gagal aku jd ayah😭😭
2026-07-15 00:41:16
539
hafiz9618
Abg Rengo :
siapa biasa hidup susah... insyaallah 🥰🥰🥰🥰 kesusahan itu memberi kita pelajari erti kehidupan sebenar apabila berumah tangga....
2026-07-12 23:45:16
811
masak_lemak_itik
remang.kotaraya :
Masa aku kecik aku selalu ikut bapak pegi kedai. Satu hari ni dia ambik megi, buah nangka, beras. Dia kata dah lama tak makan nangka, sedapnya dapat makan balik rumah nanti. Sampai masa nak bayar duit tak cukup dalam wallet, dia cium bau nangka, letak balik dan bayar beras dengan megi. Cukuplah ambik bau dulu. Masatu umur aku baru 11 tahun, tapi aku takkan lupa wajah bapak. Sejak haritu aku janji akan belajar dan berjaya dalam hidup supaya apa je mak bapak aku mahu, aku dapat belikan tanpa perlu catu-catu. Sekarang gaji aku dah 20k sebulan, tapi Allah bagi kesempatan untuk aku gembirakan mak bapak tak lama mana, Dia ambil balik mak 8 tahun lepas dan bapak 3 tahun lepas. Dan setiap kali aku tengok nangka, aku tetap akan sedih. Al fatihah buat mak bapak aku, nanti kita jumpa kat syurga balik ye…
2026-07-14 13:02:02
866
muhammad_zudin
Muhammad zudin :
aku selagi hidup susah ni aku tak kan kahwin, perasaan nak kahwin tu ada,tapi cinta tak boleh bagi makan anak orang, dalam fikiran aku selagi hidup susah selagi tu lah kau tak layak untuk berkahwin
2026-07-15 09:10:57
87
pufu40
pufu40 :
Kalau aku, selagi gaji msih cukup2 makan, aku takkan decide utk dptkan anak. Sbb aku xnk susahkan diri dan susahkan anak
2026-07-14 07:30:30
38
nini_nasir
nini_nasir :
Bila da senang jgn tgglkn isteri yang prnh bercatu2 utk trskn hidup dgn saudara.. Isteri yg setia di sisi ssh n sng itulah amanah yg Allah kurniakan.. Genggamlah tgn itu hingga ke syurga.
2026-07-13 04:39:08
282
marlinajahan
Marlina Jahan :
dulu masa aku banyak duit, aku Ade la bagi bantuan keperluan asas dekat keluarga Asnaf.. aku selalu rasa bantuan beras tu x seberapa.. aku malu klu bagi beras je.. sekarang pernah Allah bagi aku rasa x Ade beras kat rumah. tiba² orang bagi aku beras. aku terus sebak wey
2026-07-13 11:23:56
172
amirmokoo
amirmokoo :
saya pernah rasa . account bank mmg tinggal rm30 . wife mesej minta balik kerja belikan susu pampers dgn barang masak . kita ckp kne fikir dulu ye sbb nk korek yg mana ada, masatu mata dh berair sbb mmg tkleh nak ejas. setelah beberapa jam sebelum nak balik kerja lps solat zohor saya dpt mesej kawan saya transfer rm1k sbb saya pernah tlg dia tahun lps . terus mengalir airmata sujud syukur dan balik tu boleh belikan brg2 yg wife minta . Allah maha adil . cepat atau lambat insya Allah ada rezeki . alhamdulillah🥰
2026-07-14 17:30:19
160
dpenjarajanji
k. :
Baru jadi kat aku.. Kat kL skrg ni petang2 hujan, dlm hujan lebat tu aku bwk moto aku just baca doa Nabi Yunus, bsungguh aku baca, byk kali aku ulang, sambil dlm hati niat permudahkn sgala urusan keluarga aku.. Tahu2 pagi td ada duit masuk dlm akaun aku, alhamdulillah boleh bernafas utk smpai gaji.. Tiap hari aku amalkn doa Nabi Yunus, dn byk kali aku dpt keajaiban, aku dpt "sesuatu" yg aku "perlu", xbyk tp cukup skadar yg aku perlu..
2026-07-14 11:28:08
96
ayuniayumi
Ayuni Ayumi :
Pdpt sy,kita sebagai isteri jika melihat kemampuan suami kita takat itu,kita perlu main peranan juga, haruslah berusaha bersama² utk cukupkn ekonomi rumahtangga ini,iya hakikinya mmg perlu dari suami tetapi jika itu takat rezekinya tkslh kita sebagai isteri utk menolongnya,manalah tahu melalui kita sebagai isteri, Allah kurniakan rezeki yg lebih,Alam perkahwinan bkn setakat cinta,sayang sebenar² adalah lengkap melengkapi,memasing ada kekura gan dan kelebihan.
2026-07-13 06:03:32
24
hucklebearer35
Yamaguchi_Gumi :
duit tggal rm20.25, aku bawak anak dgn bini aku bersiar siar dkt pantai. lalu org jual layang2, anak aku minta beli harga baru rm5. aku bayar QR. lalu peniaga2 pulak bini nk beli kropok lekor dgn air rm8. tggl rm7. nak balik anak minta makan ice cream rm2.'thank you papa, nnti papa dpt rezeki tau sebab buat sy happy' .tggal rm5.25 dlm acc. dlm hati aku 'kebahagian anak bini aku adalah kekayaan yg aku ada, semoga ada rezeki di lain waktu'. masuk kreta hp aku bbunyi,'bro ejas QR, nk bayar hutang' tiba2 masuk 2.5k. member lama bayar hutang dia pinjam tahun lepas sbb nak beli hantaran kawin. aku pandang anak aku, terus dia senyum kemudian cakap 'papa nak kepci' aku peluk cium anak aku masatu jugakk.😭😭😭 keyword dia jgn berkira dgn bini anak
2026-07-15 14:21:50
156
msz_dell
M24K :
pernah berada di fasa ni.. ada ketika kira duit syiling untuk beli keperluan ada ketika hanya menunggu hujung bulan..namun percayalah Allah Maha melihat dan mengetahui..pasti Dia akan hadirkan pelangi untuk kita.. 🥰
2026-07-12 17:30:50
38
langsuyoooooooooo
jebatputra :
Hrp2 aq ckup untuk anak isteri..dlu bila sesak sikit ayah ad blh tolong skrg ayah dh meninggal aq kena kuat..
2026-07-15 15:21:08
17
asnorha
AsNorha :
dtg dri fmly susah, pnh d uji mse study duit xde..xtergmak nk mtk ngn mak ayh..mgkn ssah org nk pcaya, p sy sdri lalui..sy amalkn yaasin stiap ari, sy mtk Allah permudahkn n sy ykin Allah akn bantu sy..Maha suci Allah, sy hnya mkn biskut kering 2 kpg pgi, 2 kpg malam mnum air kosong slma smgu dpt hilangkn ase lpar..lpas smgu Allah htrkan hamba Allah bantu sy n offer sy utk part time..dh kwin de ank pn sy msih d uji, kira syiling nk beli susu ank..skg sy msih d uji, sy lah ibu sy lah bpa..slgi mana bgantung hrap n yakin dgn Allah, in shaa Allah kita blh lalui ujian ni sume..Allah uji sbb syg..Allah uji dlm kmampuan hambaNya..DIA maha mngetahui..smga kite sume diberi kesihatan yg baik n kekuatan utk hadapi ujian d dnia mau pun d akhirat.
2026-07-13 15:06:24
16
leadilalo26
LeaDilalo :
pernah jadi kat sy.. masuk 99 sebab nk beli brg sikit utk masak.. duit pun ngam2 je.. kena buat kira2 dlm otak dulu... anak2 sy pula ckp mama nak aiskrim oreo.. sy ckp jap mama cari brg dulu.. rupanya ada 1 hamba allah ni dgar.. nk dekat smpai cashier dia bagi 2 askrim oreo kt anak2 sy, dia ckp sy dah byr ye kak.. tergamam kejap.. sy ckp ya allah xpe la dik. dia kata xpe rezeki dorg.. sy ucap terima kasih dan sy suruh anak2 sy ckp terima kasih.. adik tu pun terus keluar... sy doakan adik tu dimurahkan rezeki seperti air yg mngalir
2026-07-15 03:35:18
10
marl86_pixel
akmal :
titik terendah seorang ayah "jual kesemua barang kesayangan" demi keperluan keluarga.
2026-07-15 15:51:44
16
norainhashim823
norainhashim823 :
selalu terjadi kat sy dan suami. kelmarin nk isi minyak kete duit ade rm9.je kami mencari rm1 dlm dompet dlm laci kete,kami rse dh nak nanges. suami ckp x per syg kena kuat dh sabar insya Allah nanti ade rezeki kite, kami terus balik rumah x isi minyak ,bagi org yg senang mungkin ckp x kan 1.00 pun x de bagi org MCM kami yer kami susah kdg rm1 pun susah kami nk DPT tapi alhamdulillah kami bahagia .
2026-07-15 05:21:28
13
2a2q.ent
2A2Q Fishing & Taxi Boat :
pernah jadi pada diri sendiri... saat dimana kekuasaan Nya tidak diblh dinafikan... 2016 - tggl RM5 dlm wallet.. ngam utk isi minyak motor utk pergi kerja esok arinya... gaji 4 hari lg... singgah di petrol pump utk isi minyak masa blk kerja... masa nk g bayar kat kaunter, ada pakcik duduk tgg org beli hasil kraftangan dia... sy lihat dan terus terdetik, ada ke hasil dia hari ni... Auto wey Dia jentik hati ni supaya berbelah bagi, nak isi minyak motor atau bantu pakcik tu... terus dilema jdnya... dekat 5 minit juga berdiri sblh kaunter tu duk pk, isi minyak atau menolong pakcik tu... akhirnya keputusan di buat, tolong pakcik tu... terus sedekah RM5 tanpa ambil hasil kraftangan dia... pastu start motor blk umah... smp umah buka baju seluar kerja semua, dan berbekalkan tuala saja, baring di sofa sambil berkira² dgn tindakan yg diambil... betul atau tidak? masih ragu²... masa tiba dirumah anak bini dah tido... pk punya pk smp terlelap... tiba² fon ada org call, tersedar... tgk no xkenal... xangkat... smp kali ketiga org tu call baru di angkat... rupanya² org yg pernah berhutang dgn sy 7-8 lepas... dah xingat pun sbnrnya... masa tu dah halalkan dah pun hutang dia tu... dia minta no akaun utk bankin duit hutang... tanya kat dia, dia mampu ke nk jelaskan hutang tu... jgn smp memakan diri... bgtahu juga hutang dia tu dah dihalalkan dah... dia ckp, alhamdulillah dah blh bernafas lega dah... bg no akaun.. tp xmengharapkan pun dia akan bayar sbb masih curiga... mandi dan terus masuk tido... bangun pagi esoknya, dia wasap resit... pinjam 300, dia bayar 800 ratus... ya Allah, masa tu segala rasa curiga dan was² dgn kuasa sedekah hilang... syukur... betullah org ckp, rezeki tu dtg tepat pada masanya... start dari haritu, xpernah berkira dah utk sedekah... biarlah org nk scam ke apa, itu urusan dia ngan Allah... yg penting niat dihati ni mmg utk sedekah... tiada rasa penyesalan walaupun ditipu... Alhamdulillah rezeki sentiasa ada sehingga sekarang... sedekah tidak akan membuat kita miskin... PERCAYALAH....
2026-07-14 11:57:03
17
meklin_singgohbetor
RyDream :
paling best kan , ketupat nasi segera yg lama² tu..masa ni lah kami bukak plastik dia..buat masak😂 wangi pulak nasi tu..
2026-07-12 16:11:54
74
0ut.fluencer
0ut.fluencer :
Abang ni pergi market naik apa? Kalau motor buat lah grab ke panda ke lala ke boleh jana duit sikit membantu, dah ada motor tu pandai2 lah buat part time
2026-07-14 06:38:48
6
ecah91_3
♡ عائشة :
saya sggup ..hidup mcm ni.asalkn x abaikn tagungjwb..
2026-07-13 09:35:25
9
hairulzaini07
hairulzaini07 :
Allah bg kita susah supaya kita sujud solat minta keampunan darinya ..
2026-07-14 06:20:14
13
jamalosman733
jamalosman733 :
xde insurance 😭 terima kasih KK..terima kasih Hosp Kerajaan..😭
2026-07-13 05:48:45
11
rieysa2
rieysa2 :
Sy sebagai seorang istri biarpun lauk dlm seminggu tu cuma telur saja, sy tetap ikhlas dan reda, sy tidak akan pernah dan tidak akan mau bergaduh dgn suami hanya gara2 itu.
2026-07-13 08:14:59
5
To see more videos from user @zaty769, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About